• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang

 1

Pada 22 Mac 2016, PPK Aeroangkasa sekali lagi telah menerima kunjungan lawatan akademik dari Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang. Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Elektronik dan Jawatankuasa Pembudayaan Inovasi KVBP ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai inovasi dan rekacipta yang dapat dikaitkan dengan pelaksaan projek khususnya yang melibatkan kejuruteraan nanti. Atas usahasama yang akan berterusan pada akan datang, KVBP telah memilih PPK Aeroangkasa, USM untuk menjadi pembimbing kepada pelajar juga sebagai mentor untuk menghasilkan projek yang berimpak tinggi disamping memberi input yang berguna kepada Modul Elektronik dsign Project ETN 804 dan Electrical Engineering Project ETE 803 yang diambil oleh pelajar tahunakhir DVM bagi Program teknologi Elektrik dan Teknologi Elektrik. Lawatan ini telah diterima oleh Dr Elmi Abu Bakar di Hangar PPK Aeroangkasa.

9                    13 

Pada majlis pembukaan, En Pazli dari CREATIVE LINK USM 2016 telah menyampaikan ucapan pembukaan kepada semua hadirin. Dr Norilmi Amilia Ismail, Eksekutif Korporat PPK Aeroangkasa, juga telah membentangkan pengenalan berkenaan Pusat Pengajian dan Kejuruteraan Aeroangkasa kepada semua pelawat. Input yang baik diterima dari pelawat dan pelajar hasil dari pembentangan ini. Selepas upacara ringkas penyampaian cenderahati kepada Guru guru KVBP, pelawat di bawa untuk melawat ke sekitar PPK Aeroangkasa iaitu Projek Pemasangan Pesawat CH750 di Hangar, Closed Loop Circuit Wind Tunnel di Makmal Terowong Angin, Makmal Aerodinamik, Makmal Komposit, Makmal ISI, dan Makmal Mekanik Penerbangan. Penerangan yang jelas dari Teknikal Staf PPK Aeroangkasa dan pelajar ijazah tinggi berkenaan ilmu Kejuruteraan Aeroangkasa kepada pelawat tampak menimbulkan hasil yang positif hasil dari soalan soalan berkenaan aeroangkasa dari pelajar dan guru. Pada masa yang sama juga, wakil pelajar PPK Aeroangkasa juga telah memberikan email untuk memudahkan pelajar KVBP bertanyakan soalan secara online berkenaan projek yang akan dijalankan pada masa akan datang.

3

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967