• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

GRADUAN AEROANGKASA BERGRADUASI

2016 convo

Upacara konvokesyen pelajar-pelajar Kejuruteraan Aeroangkasa telah berlangsung pada hari Khamis, 27 Oktober 2016 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 34 orang pelajar telah dianugerahkan ijazah pada hari berkenaan. Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifly Abdullah telah diberi penghormatan untukmemperkenalkan penerima-penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa.

2016 convo 2

Selain ibubapa pelajar, wakil-wakil akademik yang juga turut sama memeriahkan majlis penganugerahan tersebut termasuklah Dr. Ahmad Zulfaa Mohamed Kassim (Timbalan Dekan Akademik), Dr. Mohd Shukur Zainol Abidin dan Dr. Nurul Musfirah Mazlan. Penganugerahan Ijazah telah disampaikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur. Di dalam majlis tersebut, Hoe Yew Hock telah dipilih untuk memperolehi Anugerah Pingat Emas USM untuk pelajar tahun akhir yang terbaik dalam bidang kejuruteraan Aeroangkasa. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pro-Canselor yang mengharapkan agar semua pelajar akan terus berusaha mencapai kejayaan. Bagi mengabadikan kenangan manis majlis konvokesyen kali ini, sesi bergambar pelajar bersama dekan dan wakil akademik telah diadakan di hadapan bangunan toray. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan semoga berjaya di masa hadapan.

Text: Dr.Musfirah Mazlan Foto : Fauzan Jali

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967