• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

SAMBUTAN PELAJAR BAHARU PPK AEROANGKASA

sambutanpelajarbaru0

7 SEPTEMBER 2017 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah mengadakan sessi suaikenal untuk menyambut 47 orang pelajar baharu yang telah terpilih untuk mendaftar pengajian di Aeroangkasa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis, Dr Ahmad Faizul Hawary. 

Walaupun semua pelajar terikat dengan aktiviti yang padat sempena minggu orientasi namun mereka tetap menampakkan semangat dan kesungguhan. Prof Ir Dr Zulkifi Abdullah, Dekan PPK Aeroangkasa dalam ucapannya menegaskan kepada semua pelajar supaya sentiasa mengikuti kuliah yang diadakan, menghantar tugasan yang di beri tepat pada waktu dan sentiasa berbincang dengan pensyarah akademik masing-masing untuk setiap subjek yang di ambil.

sambutanpelajarbaru

Dalam ucapannya juga beliau menyeru kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh demi untuk diri, keluarga , bangsa dan negara serta beliau mengharapkan agar pelajar dapat menghayati dan menikmati setiap masa yang di lalui di universiti kerana ia akan menjadi kenangan manis yang tidak dapat di lupakan oleh pelajar setelah tamat berijazah kelak.

sambutanpelajarbaru1
Aktiviti para pelajar di teruskan dengan sessi bergambar dengan staf pusat pengajian serta melawat ke makmal-makmal dengan di iringi oleh sekumpulan staf akademik dan juga pengiring pelajar.
Diharapkan kesemua pelajar akan berjaya dalam bidang masing-masing setelah tamat mengikuti pengajian di sini.

Text : Rahayu / Fakriah    Photo : Mohd Shukri

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967