• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

‘GLOBAL SPACE CONNECT’ BERI PENDEDAHAN TEKNOLOGI ANGKASA

GSC 1
PULAU PINANG, 5 September 2018 – ‘Global Space Connect’ membuka peluang kepada para pelajar bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menerokai alam angkasa di peringkat antarabangsa dan pada kali ini mereka memilih Bangkok, Thailand bagi menimba ilmu tambahan serta berkongsi kepakaran dengan warganegara di sana.
GSC 2


Menurut Penasihat Program yang juga pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan, Dr. Norilmi Amilia Ismail, aktiviti yang dijalankan ini adalah selaras dengan usaha USM untuk melahirkan pelajar yang Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking – HEBAT dan menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman atau experience based.

“Melalui program ini, para pelajar juga dapat membuka pandangan mereka dengan melihat cara kerja yang berbeza dan mempelajari untuk mengadaptasi suasana baru.

“Ilmu yang diperolehi dalam program ini juga akan digunakan oleh pelajar untuk aktiviti mereka seterusnya iaitu pembinaan STEM Lab yang dijangka dibangunkan dalam bulan September ini,” tambah Norilmi Amilia.

Selain itu, beliau juga berharap program ini dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk berinovasi dan dapat membina teknologi angkasa buatan Malaysia.
GSC 3
‘Global Space Connect’ merupakan aktiviti di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai industri Angkasa di Thailand serta menjalinkan jaringan kerjasama dalam mempromosi industri angkasa di kedua-dua buah negara. Seramai 9 orang pelajar dengan diiringi oleh tiga orang pensyarah Makmal Sistem Angkasa telah menjalankan program lawatan sambil belajar ke Bangkok, Thailand bermula 28 Ogos hingga 1 September 2018 lalu.

Program ini dinamakan Global Space Connect adalah kesinambungan daripada Program Space Connect dan Mega Space Connect yang dijalankan pada April dan Mei tahun ini di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta di Kampus Kejuruteraan.

Program Space Connect sebelum ini merupakan program lawatan ke sekolah-sekolah untuk menarik minat pelajar pada pendidikan STEM dan Mega Space Connect adalah program pelancaran Belon Angkasa bersama komuniti sekitar USM dan industri berkaitan.
GSC 4
Program selama empat hari ini bermula dengan Bengkel Pembuatan Prototaip CubeSat bersama pegawai penyelidik National Science Technology and Innovation Policy Office, Thailand di Princess Chulabhorn Science High School Chonburi. Seterusnya, pelajar dibawa melawat ke Geo-Informatics & Space Technology Development Agency (GITSDA) untuk melihat aktiviti yang dijalankan oleh agensi angkasa Thailand tersebut.

Sumber : http://www.eng.usm.my

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967