21 September 2018- Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah menerima lawatan dari Tadika Kasih Ummi sempena dengan lawatan iaitu “Pengangkutan Aeroangkasa”. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai sesi lawatan ini. Program ini dimulakan oleh Pegawai Latihan Vokasional, En Zihad dengan taklimat bertajuk “Pengenalan kepada aircraft”. Program diteruskan oleh Penolong Jurutera En Amir untuk demo flight simulator iaitu simulasi mengendalikan pesawat secara maya menggunakan komputer. Pelajar di beri peluang mengendalikan flight simulator tersebut dibawah kendalian En Amir. Seterusnya pelajar di bawa dan diperkenalkan kepada pesawat-pesawat yang berada di dalam kawasan hangar.
Di akhir lawatan, kesemua pelajar bertolak ke kompleks sukan untuk menyaksikan pertunjukan roket air dan penerbangan aircraft yang dikendalikan oleh En Amir dan En zihad. Kesemua pelajar kelihatan gembira dan teruja dengan sessi lawatan ini. Diharapkan dengan lawatan ini akan menjadi suntikan semangat kepada semua anak-anak ini untuk belajar dengan lebih rajin. Semoga mereka berjaya menjadi insan yang bermanfaat kepada bangsa, agama dan negara di masa hadapan suatu hari nanti.
Teks : Pn Rahayu Dorahim @ Abdul Rahim
Photo: En Mohd Shukri Soaid