• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

AEROFAIR 2017: Aerospace Discovery Centre

“Ini satu kelainan dalam pendedahan kepada aeroangkasa”

aerofair2017 B

Pada 14 November yang lepas, satu program kemuncak Aerofair 2017 yang menyokong kepada peningkatan minat “Science, Technology, Engineering dan Mathematics” di kalangan pelajar dari 4 buah sekolah di Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.

aerofair2017 A

Program Aerofair dimana ianya diadakan pada setiap tahun oleh PPK Aeroangkasa, dibiayai oleh Penang Education Council, diselaraskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, telah diadakan pada dua tarikh iaitu 10 Julai 2017 dan 14 November 2017.
Pada 10 Julai, 4 sekolah telah dipilih iaitu SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal, SMK Tunku Abdul Rahman, Bukit Panchor, SMK Simpang Ampat dan SMK Tasek melibatkan 20 orang pelajar dan 4 orang guru. Mereka telah diberikan latihan pemasangan, latihan simulator dan latihan penerbangan di sekolah mereka dan di hangar dan padang kami di sini.

Objektif yang telah tercapai untuk AEROFAIR 2017 ialah peningkatan minat STEM melalui pemahaman sifat sifat kejuruteraan untuk sesebuah kapal terbang, pembelajaran praktikal kapal terbang kawalan jauh dan FPV, pemupukan keusahawanan melalui latihan simulator kepada rakan di sekolah, dan seterusnya menjadi duta kecil kepada PPK Aeroangkasa di sekolah masing masing.

Aerofair2017 J

 

aerofair2017 C

 

aerofair2017 D

 

Aerofair2017 H

Hasil yang sangat boleh dibanggakan oleh pihak kami adalah apabila mereka dapat memahami teori dan asas penerbangan melalui pembentangan berkumpulan dengan baik, penggunaan kawalan simulator rc plane dengan cemerlang dan penerbangan kapal terbang kawalan jauh secara solo yang disaksikan oleh juri hakim kami yang terdiri daripada bahagian akademik, teknikal dan alumni kami.

Aerofair2017 I

 

 

Berikut adalah keputusan untuk AEROFAIR 2017.

 

aerofair2017 E

Johan Keseluruhan: SMKA Sheikh Abdullah Fahim

 

aerofair2017 F

Naib Johan: SMK Simpang Ampat

 

aerofair2017 G

Tempat ketiga: SMK Tunku Abdul Rahman

Kategori Pembentangan terbaik: SMK Tunku Abdul Rahman
Kategori Kawalan Simulator Terbaik: SMK Sheikh Abdullah Fahim
Kategori Penerbangan Terbaik: SMK Simpang Ampat.

Dengan ini berakhirlah edisi Aerofair 2017. Berjumpa lagi pada Aerofair 2018 pada tahun hadapan.
Ucapan terima kasih kepada Penang Education Council, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, PPK Aeroangkasa, ajk Aerofair 2017, Universiti Sains Malaysia, EZTune (penaja bersama) dan ArduAsia (penaja bersama).

Website: www.flyoutreach.com
Facebook: Aerospace Discovery Centre
Instagram: #forpenang

Teks: En Zihad Mahmud Foto: En Mohd Shukri Soaid

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967