Skip to main content

School of Aerospace Engineering

More Articles...

BENGKEL KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN PENGURUSAN ASET DI PTJ

B Aset b

21 Oktober – Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah mengadakan Bengkel Kesedaran mengenai kepentingan pengurusan asset bermula pada 8.10 pagi - 12.00 tgh. Bengkel yang dihadiri oleh staf akademik, teknikal dan pentadbiran ini bertujuan untuk memberikan informasi kepada semua mengenai kepentingan dan tatacara pembelian asset.

B Aset a

Dekan Pusat Pengajian iaitu , Prof Ir Dr Mohd Zulkifly Abdullah memberi ucaptama majlis dan mengalu-alukan kehadiran pembentang bengkel yang dijemput khas dari Jabatan Bendahari. Puan Norliyana Mohd Akil, Penolong Bendahari Kanan Jabatan Bendahari, USM, kampus Kejuruteraan dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai tajuk “ Tatacara Perolehan Aset”. Banyak maklumat yang telah dikongsi oleh beliau di antaranya perkara mengenai tatacara pembelian alatan, penyelenggaraan aset dan proses pelupusan aset.

B Aset c

Menyambung sessi taklimat kedua pula oleh Ketua Juruadit Dalam USM, Encik Ibrahim Rapie memberi taklimat mengenai tajuk “Rumusan Audit Negara Aset Universiti”. Setiap sessi Q&A dimanfaatkan sepenuhnya oleh staf Pusat Pengajian dalam mendapatkan kepastian dan maklumat terperinci mengenai perkara yang berkaitan.

B Aset d

Bengkel tamat pada jam 12. Tengahhari.