Skip to main content

School of Aerospace Engineering

More Articles...

PENSYARAH USM RAIH HADIAH UTAMA ANUGERAH MAPIM-KPM 2018

mapim kpm 1

PUTRAJAYA, 29 Jun 2019 – Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM),  Profesor Dr. Jelani Harun menggondol Anugerah Utama bagi kategori Buku Ilmiah Terbaik (Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial) di Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPM) 2018 yang diadakan di sini baru-baru ini.

mapim kpm 2

Dengan kemenangan itu, melalui bukunya yang berjudul Ibarat Nyiur Gading: Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20Jelani membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM7,000 (dengan pembahagian RM5,600 kepada penulis dan RM1,400 kepada Penerbit USM).

Pengarah Penerbit USM, Akhiar Salleh berkata, kemenangan ini merupakan kali ketiga Profesor Dr. Jelani memenangi Anugerah MAPIM. Kali pertama pada Anugerah MAPIM 2008 dengan buku berjudul Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan, manakala kali kedua pada Anugerah MAPIM 2009 dengan buku berjudul Bustan al-Salatin: A Malay Mirror for Rulers.

mapim kpm 3

“Kemenangan beliau kali ini melayakkan bukunya dicalonkan untuk Anugerah Akademik Negara kategori penerbitan buku pada tahun hadapan,” tambahnya.

Selain itu, USM juga memenangi dua Sijil Penghargaan melalui terbitan dalam kategori berikut:

Anugerah Makalah Jurnal Terbaik (Bidang Sains, Teknologi dan Perubatan)

Judul Makalah: On Flux-Difference Residual Distribution Methods.

Nama Penulis: Profesor Madya Dr. Farzad Ismail, Dr. Wei Shyang Chang dan Dr. Hossain Chizari

Jurnal: Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society

Penerbit: Penerbit USM, PERSAMA dan Springer

Hadiah: Sijil dan Trofi

(Catatan: Profesor Madya Dr. Farzad Ismail dan Dr. Wei Shyang Chang ialah pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, manakala Dr. Hossain Chizari ialah mantan pensyarah di Xian Jiaotong University, Xi’an, Republik Rakyat China)

mapim kpm 4