PPK Aeroangkasa menjayakan Pelancaran Hari Kemerdekaan Kali ke - 60 Peringkat SK Methodist, Parit Buntar dengan jayanya
Pada hari ini, 16/8/2017, dengan kerjasama Aerial System Robotic Team dan PPK Aeroangkasa, satu pelancaran gimik hari kemerdekaan berteraskan Konsep Aplikasi Kejuruteraan Aeroangkasa telah dijalankan di SK Methodist Parit Buntar. Aktiviti yang julung kali diadakan ini adalah hasil idea dan usaha guru guru SK Methodist yang telah menjemput PPK Aeroangkasa sebagai satu pengalaman dan pengetahuan kepada murid SK Methodist kepada pemupukan Science, Technology, Engineering dan Mathematics kepada pelajar.