Skip to main content

School of Aerospace Engineering

System and Design

Astronomy Day

30 Julai 2016 - USM Space System Lab (USSL) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia telah berjaya melancarkan Belon Altitud Tinggi (HAB) di Penang Science Cluster (PSC), Georgetown. Pelancaran HAB ini merupakan salah satu acara dalam Program Astronomy Day yang dianjurkan oleh PSC. Kerjasama ini merupakan yang pertama antara USSL dan PSC serta UPM dalam bidang pendidikan angkasa. Objektif pelancaran ini adalah untuk memperkenalkan teknologi Belon Altitud Tinggi dan memberi kesedaran kepada orang awam akan kepentingan teknologi angkasa.

hab1

Read more …Astronomy Day

Kursus Pembuatan Komposit

kpk img

Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Aeroangkasa bersama Cluster for Polymer Composites (CPC) dan USAINS Holding Sdn Bhd akan menganjurkan tiga kursus pembuatan komposit bertempat di PPK Aeroangkasa pada bulan Jun, Ogos dan Oktober. Maklumat lanjut mengenai kursus-kursus pembuatan komposit ini boleh didapati di link ini.