Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang
Pada 22 Mac 2016, PPK Aeroangkasa sekali lagi telah menerima kunjungan lawatan akademik dari Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang. Lawatan yang dianjurkan oleh Unit Elektronik dan Jawatankuasa Pembudayaan Inovasi KVBP ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai inovasi dan rekacipta yang dapat dikaitkan dengan pelaksaan projek khususnya yang melibatkan kejuruteraan nanti. Atas usahasama yang akan berterusan pada akan datang, KVBP telah memilih PPK Aeroangkasa, USM untuk menjadi pembimbing kepada pelajar juga sebagai mentor untuk menghasilkan projek yang berimpak tinggi disamping memberi input yang berguna kepada Modul Elektronik dsign Project ETN 804 dan Electrical Engineering Project ETE 803 yang diambil oleh pelajar tahunakhir DVM bagi Program teknologi Elektrik dan Teknologi Elektrik. Lawatan ini telah diterima oleh Dr Elmi Abu Bakar di Hangar PPK Aeroangkasa.
Read more …Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang