Skip to main content

School of Aerospace Engineering

System and Design

Kem Aeroangkasa SKSI-USM

Pada Sabtu 15/8/2015 lepas, sebuah program kem sains bertemakan Kem Sains Aeroangkasa telah berjaya di jalankan di SKSI bermula 8 pagi hingga 2 petang. Kem tersebut telah dianjurkan oleh Panitia Sains SKSI (diketuai oleh Cikgu Nor Ma Shaari) dengan kerjasama staf-staf dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.

Pasukan dari PPK Aeroangkasa USM diketuai oleh En. Mohamad Zihad Mahmud dan dibantu oleh 7 orang pensyarah, 7 orang staf teknikal dan seorang staf pentadbiran. Seramai 120 orang murid dari Tahun 3, 4 dan 5 telah mengikuti program tersebut.

Read more …Kem Aeroangkasa SKSI-USM

Bengkel Penulisan PPKAe

Pada 22 hingga 24 Ogos 2015, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah menganjurkan Bengkel Penulisan. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan semua peserta mampu untuk memahami dan seterusnya mengukuhkan pengetahuan peserta untuk menulis di dalam jurnal-jurnal akademik. Melalui penulisan di dalam jurnal ini pastinya KPI dan nama Pusat Pengajian mampu ditingkatkan.

Read more …Bengkel Penulisan PPKAe