• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

Space-In menang pertandingan MyStartup Hackhaton

Dr Norilmi 1 324729345 5874789645876898 6013954641900418952 n 1

14 Jan 2023, Kuala Lumpur – SpaceIn Sdn Bhd, syarikat ‘spin-off’ Universiti Sains Malaysia yang beroperasi di Pusat pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, USM telah memenangi pertandingan MyStartup Hackhaton x Digital Nasional Berhad (DNB). Penyelesaian yang dicadangkan SpaceIn untuk permasalahan pertama iaitu penggunaan 5G teknologi di Ladang Kepala Sawit telah berjaya meyakinkan juri-juri dalam pertandingan tersebut. SpaceIn mencadangkan penggunaan teknologi 5G NB-IoT Non-Terestrial Network menggunakan platform satellite ‘PocketQube’ di ‘Low Earth Orbit (LEO)’. Selain SpaceIn, terdapat tiga lagi kumpulan yang berjaya ke pusingan akhir untuk permasalahn yang pertama dalam pertandingan ini.
Menurut CEO SpaceIn, Dr Norilmi Amilia Ismail, penggunaan satelit di ladang kelapa sawit dapat membantu menyelesaikan masalah internet yang diperlukan untuk menggunakan perkakasan IoT. Namun begitu, penggunaan satelit yang kecil seperti PocketQube akan dapat menurunkan kos operasi satelit yang mana satelit yang lebih ringan akan dapat mengurangkan kos pelancarannya di orbit. Kedudukan satelit di orbit rendah juga mengurangkan penggunaan stesen bumi yang kompleks dan mahal. Penggunaan satelit dilihat lebih lestari dengan dapat meminimakan kos penyelenggaraannya.
Dr Norilmi 324729345 5874789645876898 6013954641900418952 n 1
My Startup telah bekerjasama dengan Digital Nasional Berhad dalam hackhaton ini yang bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan korporat DNB. Sebanyak 11 pasukan telah berjaya ke peringkat akhir untuk tiga permasalahan. Pemenang untuk setiap permasalahan membawa pulang RM10,000.00 dan peluang untuk bekerjasama dengan DNB bagi merealisasikan cadangan yang telah dikemukakan. DNB adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang telah diberi mandate oleh kerajaan Malaysia untuk meluaskan penggunaan jaringan dan infrastruktur 5G ke seluruh negara.

Nota- Gambar daripada MYStartup FBpage

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967