• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

USM DAN SPACEIN LANCAR SPACEANT-D, SATELIT PIKO PERTAMA MALAYSIA MELALUI FALCON 9, SPACEX

Picosatellite poster

NIBONG TEBAL, 12 November 2023 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan SpaceIn Sdn. Bhd., sebuah syarikat spin-off Universiti Sains Malaysia yang terlibat dalam pembuatan satelit kecil dan perkhidmatan IoT, melakar sejarah dengan pelancaran satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D, hari ini pada jam 2.47 pagi waktu tempatan.

Picosatellite sketch 1699791457727
Pelancaran tersebut menggunakan roket Falcon 9 milik Space X dari Vandenberg Space Force Base, California di mana SpaceANT-D akan dilepaskan daripada deployer Alba Orbital dalam masa 7 ke 10 hari lagi dan isyarat pertama satelit kemudiannya akan dihantar ke stesen bumi.
Pico satellite
Berukuran 5x5x5 sentimeter dengan berat kurang dari 250 gram, SpaceANT-D akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi IoT yang dinamakan 'Space Advance Network Technology' (SpaceANT).

Ianya akan menerima data daripada sensor di bumi dan kemudiannya dihantar semula ke stesen bumi dengan menggunakan cloud bagi memudahkan pengambilan data oleh pengguna.

SpaceANT dibangunkan serta dibiayai oleh geran yang dimenangi oleh SpaceIn dan Syarikat ini juga merupakan menerima dana daripada CRADLE untuk pembangunan pusat data satelit di USM.
Picosatelliet spaceant d 1Malah, pelancaran satelit ini juga menunjukkan komitmen universiti dan SpaceIn untuk membangunkan bakat tempatan di samping menggalakkan inovasi dan kemajuan industri angkasa di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceIn, Dr. Norilmi Amilia Ismail menyuarakan keterujaan beliau akan peristiwa bersejarah ini dan menyatakan kesungguhan SpaceIn dalam bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia.

“Pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil ini akan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan,” kata beliau.

Malah, pelancaran satelit ini juga menunjukkan komitmen universiti dan SpaceIn untuk membangunkan bakat tempatan di samping menggalakkan inovasi dan kemajuan industri angkasa di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceIn, Dr. Norilmi Amilia Ismail menyuarakan keterujaan beliau akan peristiwa bersejarah ini dan menyatakan kesungguhan SpaceIn dalam bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia.

“Pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil ini akan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan,” kata beliau.

Picosatellite Dr Norilmi“Antara industri yang sedang menjadi tumpuan SpaceIn pada ketika ini dalam penggunaan satelit SpaceANT ini adalah industri pertanian, perhutanan serta industri minyak dan gas,” tambah Norilmi.

SpaceIn merupakan salah satu pemenang program akselerator SUPERB yang ditawarkan oleh TERAJU, sebuah agensi tindakan afirmatif Bumiputera yang strategik yang ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Selain USM dan SpaceIn, misi ini juga juga merupakan usaha bersama dari Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) dan menjadi tanda aras kepada pencapaian penting dalam usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030.

Credit : www.eng.usm.my

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967