• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

AEROFAIR 2023

Program: AEROFAIR 2023 – Pengenalan Kepada Pesawat Terbang

Event: Karnival Inovasi STEM Peringkat Kebangsaan (KISTEM 2023)

Tempat: SMK Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Tarikh: 8 dan 9 Disember 2023
Aerofair 2023 image1

Peserta: Para pelajar sekolah menengah (40 pelajar + 10 guru) dari 9 buah sekolah di daerah SPS, Pulau Pinang.

  1. SMKA Abdullah Fahim
  2. SMK Seri Nibong
  3. SMK Tun Syed Sheh Barakbah
  4. SMK Saujana Indah
  5. SMK Bandar Tasek Mutiara
  6. SMK Methodist Nibong Tebal
  7. SMK Tunku Abdul Rahman
  8. SMK Simpang Empat
  9. SMK Taman Widuri


Staf USM Terlibat:

  • Pensyarah: 3
  • Pegawai latihan vokasional: 1
  • Penolong jurutera: 3
  • Pelajar PPK Aeroangkasa, USM: 2


Aktiviti:

  1. Taklimat pengenalan kepada pesawat terbang
  2. Memasang pesawat kawalan jauh
  3. Pertandingan teka silang kata pesawat kawalan jauh
  4. Latihan penerbangan menggunakan simulator penerbangan
  5. Pameran STEM Aeroangkasa

Aerofair 2023 image2

Objektif Program:

  • Menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
  • Memperkenalkan bidang aeroangkasa.
  • Mempupuk minat pelajar sekolah menengah untuk menceburi bidang aeroangkasa.
  • Mempromosikan kursus Kejuruteraan Aeroangkasa, USM.

Aerofair 2023 image3

Latar Belakang Program: AEROFAIR 2023 adalah program berasaskan bengkel kerja tangan yang melibatkan pemasangan pesawat terbang dan latihan penerbangan simulator kawalan jauh untuk pelajar sekolah menengah. Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia, telah berhasil menganjurkan beberapa siri program AEROFAIR sejak tahun 2012 hingga sekarang. Lebih dari 550 peserta, termasuk pelajar dan guru dari sekitar Pulau Pinang, telah menghadiri program tersebut sebelum ini.

Aerofair 2023 image4

Aerofair 2023 image5

Seperti program-program AEROFAIR sebelum ini, AEROFAIR 2023 turut dibiayai oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang (Penang Education Council) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri II melalui Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST).

Aerofair 2023 image6

Aerofair 2023 image7

Impak: Program ini telah memberi impak positif kepada para peserta untuk menceburi bidang STEM, sesuai dengan matlamat Pembangunan Mampan Global (SDG) – 4. Maklum balas yang dikumpul daripada peserta (pelajar dan guru) pada program AEROFAIR ini menunjukkan minat yang tinggi dan impak positif. Banyak peserta menyatakan hasrat untuk menyertai program AEROFAIR pada masa akan datang, menciptakan kesan berterusan dalam pembangunan minat terhadap bidang STEM di kalangan pelajar sekolah menengah. Program ini seterusnya merangsang semangat keusahawanan dan kecemerlangan di kalangan generasi muda dalam arena sains dan teknologi.

Aerofair 2023 image8

Credit : aerospace.eng.usm.my/flyoutreach

 

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967