Aerofair 2017: Aerospace Discovery Centre 2017



PENDAHULUAN

Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, atau dikenali sebagai School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh Penang Education Council dan Pihak Pengurusan Pusat Pengajian untuk menjalankan satu lagi siri Aerofair Outreach Program pada tahun ini. Seperti pada tahun tahun lepas, program ini masih lagi di biayai oleh Penang Education Council dan Universiti Sains Malaysia. Sebagai tambahan, program ini juga dijalankan dengan kerjasama yang sangat tinggi dari Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Tema pada tahun ini adalah “Aerospace Discovery Centre 2017” dimana dengan kerjasama Pusat Pengajian Aeroangkasa akan dapat menyokong usaha guru dan murid peringkat sekolah menengah ke arah penyebaran ilmu yang lebih meluas dan memberikan impak yang lebih konsisten dan lebih berdaya saing. 
Acara utama untuk program kali ini yang akan diadakan pada julai 2017 ialah

  • Aktiviti 1: Bengkel Sehari Memasang dan Menerbangkan Kit Kapal Terbang Kawalan Jauh yang akan diadakan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. 

  •  Aktiviti 2: Pertandingan Mini yang akan diadakan di lokasi yang sama.
(1) Peserta dari seluruh Negeri Pulau Pinang yang menyertai Aerofair yang lepas
OBJEKTIF:
AEROSPACE DISCOVERY CENTRE yang dimulakan pada julai tahun 2017 disasarkan akan menjadi satu Hab Perhubungan Utama untuk sekolah sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan khususnya yang berhampiran dengan lokasi kami di Nibong Tebal. Objektif pada kali ini dirancangkan lebih berbeza dan lebih mencabar dari segi impak yang mampan dan faedah jangka masa panjang yang lebih spesifik dan ditargetkan. 
Objektif utama pada kali ini ialah untuk menjadi mentor dan mengiring 4 buah sekolah menengah di sekitar Seberang Perai Selatan untuk membina satu aktiviti aeroangkasa yang mampan di sekolah berkenaan dengan satu bidang yang unik iaitu, bidang Kenderaan Tanpa Pemandu,atau lebih dikenali sebagai Unmanned Aerial Vehicle (UAVs). Disamping itu juga, satu ekosistem untuk aktiviti keusahawanan aeroangkasa di sekolah juga akan diwujudkan bersama. Aktiviti aeroangkasa ini yang akan melibatkan penerbangan kapal terbang kawalan jauh yang sebenar dan penerbangan kapal terbang kawalan jauh di simulasi kapal terbang, pemasangan kit kapal terbang dan penjanaan mikro ekonomi di peringkat sekolah.

(2) Banner Softcopy menggambarkan misi dan visi

Pada siri ini juga, kami mempunyai visi untuk menjadi satu hab yang akan mendokumenkan semua aktiviti yang melibatkan pelajar dan sekolah ke arah pelengkapan projek ini. Dokumen ini termasuk tetapi tidak terhad kepada memuatkan video  aktiviti ke dalam aerospace.eng YouTube Channel dan Aerospace Discovery Centre Youtube Channel dan memuat naikkan gambar gambar aktiviti di www.flyoutreach.com. Dari kaedah online ini kami mempunyai harapan tinggi supaya pelajar di bahagian Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dapat mendapat inspirasi hasil daripada kesuluruhan aktiviti ini dan boleh mendapat inspirasi untuk diaplikasikan di sekolah masing masing.

Kami juga secara eksklusifnya membuka ruang dan peluang kepada Kelab Aeroangkasa atau Unit Aeroangkasa yang ditubuhkan di 4 buah sekolah yang menyertai program Aerofair pada kali ini untuk hadir ke lokasi kami samada untuk mendapatkan nasihat atau mengadakan program interaksi bersama khususnya berkenaan Aeroangkasa dan berkenaan aktiviti utama untuk program ini. 
Aktiviti kali ini akan mengambil masa selama 2 acara iaitu acara satu hari penuh (melibatkan pembelajaran simulasi kapal terbang, pemasangan kit kapal terbang, penerbangan kapal terbang kawalan jauh dan penggunaan video secara langsung kepada juruterbang) dan selepas 3 bulan berikutnya, satu lagi acara setengah hari pertandingan mini. Dari sini, kami mensasarkan elemen kreatif, keyakinan, pembaikan dan pembelajaran kendiri khususnya dalam bidang aeroangkasa dapat diterapkan disamping elemen keusahawanan aeroangkasa yang akan dimentorkan sepanjang program ini berlangsung.

OBJEKTIF JANGKA MASA PANJANG:

Sebagai sebuah negara yang meningkat maju, beberapa perkara penting akan diterapkan seperti berikut:

i) Pembelajaran Kendiri: Kepelbagaian maklumat kini adalah di hujung jari. Gunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan dengan menyelidik (explore)  perkara yang kita minati khususnya anda yang minat kepada bidang aeroangkasa seperti kami!. Kami juga terdiri daripada Staf Akademik, Staf Teknikal dan Pelajar PPK Aeroangkasa di mana kami sangat bermotivasi untuk membantu pelajar untuk berinteraksi lebih mendalam berkenaan aeroangkasa samada secara online mahupun offline dengan kami di Universiti Sains Malaysia. (#aerousm).
ii) Aplikasi Teori: Teori boleh difahami melalui latihan dan pembelajaran daripada mentor yang berpengetahuan. Sebuah kapal terbang RC akan membolehkan anda untuk mempunyai pengalaman di bidang aeroangkasa pada masa hadapan. Manakala, penyelenggaraan dan menerbangkan sebuah kapal terbang RC akan memberikan anda satu pengalaman yang menarik kepada apa yang dialami oleh Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang dan Seorang Juruterbang pada masa ini. 
iii) Ke arah aplikasi sebenar: Unmanned Aerial Vehicle (UAV) pada tahun ini (2017) sedang meningkat dengan pesat melalui Aerospace Malaysian Blueprint Towards 2030. Kapal Terbang RC adalah asas kepada bidang ini. Cuba search di internet sekarang: Aerodyne Malaysia. Apakah hasil pencarian anda? Memberangsangkan bukan!
iv) Bahasa Inggeris: Kejuruteraan Aeroangkasa menggunakan bahasa pengantaraan bahasa inggeris sebagai asas perhubungan dari peringkat pembuatan sehingga kepada peringkat penerbangan. Dengan menjalani aktiviti ini, seterusnya penglibatan dalam penyelidikan informasi di internet yang kebanyakannya adalah bahasa inggeris akan membolehkan peserta fasih di dalam bahasa inggeris.
v) Peluang kerjasama: Satu situasi yang boleh meningkatkan minat pelajar adalah melalui perkongsian minat dan interaksi sesama pelajar. Dari sini, pada tahun ini kami telah menubuhkan satu Facebook Group Community: Aerospace Discovery Centre 2017 yang akan dioperasikan oleh saya sendiri sebagai admin. Setiap murid dan guru (peserta atau bukan peserta) boleh menyertai group ini dan menjadi ahli secara sukarela. Semua posting dan komen akan dibolehkan dan dibuka kepada semua ahli kumpulan ini. Kami tidak menjanjikan semua jawapan daripada kami tapi ahli kumpulan yang lain juga boleh memberikan jawapan dan komen untuk membolehkan sesi pembelajaran itu terhasil secara online. Penggunaan #forpenang hasil singkatan daripada flyoutreachpenang dibolehkan kepada semua dan apa jua jenis posting khususnya yang berkenaan dengan aeroangkasa. Selain daripada blog ini yang lebih rasmi, peserta juga boleh menggunakan instagram, google+ dengan menyertakan #forpenang sebagai satu penjenamaan komuniti ini. Menarik bukan! Tunggu pengumuman untuk admin untuk membuat live video di Facebook pada tarikh tarikh yang akan dimaklumi kelak untuk anda semua melihat aktiviti ini secara langsung dari telefon pintar anda!

(3) Facebook Group Community: Aerospace Discovery Centre 2017

KIT KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH “DO-IT-YOURSELF”

Aktiviti utama untuk Aerospace Discovery Centre adalah Kapal Terbang Kawalan Jauh. Sebagai permulaan, tahun ini kami telah buka peluang kepada 4 buah sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan dan akan dibuka kepada lebih banyak sekolah pada masa akan datang. Kapal Terbang Kawalan Jauh ini akan dijadikan sebagai pendedahan utama berkenaan elemen, pemanduan, pemasangan dan pembaikan kapal terbang.

(4) Kit kapal terbang untuk setiap kumpulan peserta (Skysurfer Glider)

Sebagai peserta, elemen ini akan menghubungkan kepada cita cita anda sebagai peserta, cita cita anak murid anda, yang mana lebih cenderung kepada bidang aeroangkasa seperti pendidik aeroangkasa, juruterbang komersil, jurutera aeroangkasa, jurutera penyelenggaraan, juruteknik kapal terbang dan penyelia aeroangkasa seperti “Air Traffic Controller”.

Aktiviti 1 dan Aktiviti 2.

Aktiviti 1 adalah Bengkel Sehari Memasang dan Menerbangkan Kit Kapal Terbang Kawalan Jauh. Selepas habis sehari bengkel, murid dijangkakan akan terbangkan kapal terbang di padang sekolah masing masing dan insyaALLAH akan menarik minat kawan kawan murid yang lain. Kemudiannya kawan kawan yang berminat tadi boleh belajar simulator kapal terbang bersama pilot yang dilatih pada Aktiviti 1 dengan membuka booth semasa hari terbuka atau hari kantin. Kemahiran ini juga boleh disampaikan kepada komuniti lain melalui aktiviti aktiviti inisiatif murid dan guru sendiri.

(5) Sebuah kapal terbang kawalan jauh yang sudah disiapkan

Manakala pada Aktiviti 2, kita akan mengadakan satu pertandingan mini di USM berkenaan dengan penerbangan kapal terbang di padang kami dengan bersaing dengan sekolah yang lain. Di sini, pembentangan berkenaan keuntungan yang didapati dari mikro ekonomi juga akan dibentangkan melalui pembentangan mini serta cabaran simulator akan diadakan pada hari yang sama.

Terhempas? Kami juga menjangkakan untuk kapal terbang ini terhempas semasa penerbangan oleh murid, oleh itu, murid perlu usaha untuk membaiki kapal terbang tersebut. Di sini, murid boleh berhubung dengan kami samada di Facebook Aerospace Discovery Centre atau datang terus ke USM.

Dari sini, dua perkara yang penting untuk hala tuju ini berjaya dan mencapai objektif yang kami gariskan kepada setiap sekolah ialah:

1. Bahan pembelajaran yang mencukupi dibekalkan kepada semua sekolah yang menyertai program Aerofair 2017 untuk mereka belajar dan faham berkenaan “Basic Science of Flight”, teknik yang praktikal untuk pemasangan kapal terbang, penerbangan dan pembaikan kapal terbang ini.

2. Mentor dan bantuan daripada guru dan kami dari USM untuk membantu peserta dalam pembelajaran mereka khususnya untuk pertandingan mini tetapi tidak terhad kepada itu.

(6) Salah satu daripda objektif yang akan dicapai oleh peserta pada kali ini.

PESERTA

Kami telah menetapkan untuk 4 kumpulan yang proaktif dan sesuai dengan keperluan teknikal penerbangan untuk menyertai aktiviti kali ini. Setiap kumpulan akan diwakili oleh 5 orang murid dan 1 orang guru sebagai penasihat sains yang bermotivasi tinggi. Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan akan memaklumkan kepada sekolah sekolah unik ini yang terpilih dalam masa terdekat.

Kita akan teruskan dengan pemakluman kepada semua berkenaan aktiviti aerospace outreach ini di dalam posting akan datang! Tunggu!

8/6/2017 (PEMILIHAN 4 SEKOLAH)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk hari yang indah di bulan ramadhan ini.
Sepagi tadi selesai perbincangan dan penamaan 4 sekolah menengah yang terpilih untuk menyertai program Aerofair 2017 bersama pihak PPD Seberang Perai Selatan.

(7) Perbincangan bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan pada 8 jun 2017
Seterusnya, 4 buah sekolah ini akan dimaklumkan oleh PPDSPS dan satu perjumpaan tertutup akan diadakan pada minggu hadapan (15 Jun 2017) khusus untuk guru guru pengiring sekolah yang terpilih di PPD Seberang Perai Selatan.
Penerangan berkenaan misi, visi, sains dan keusahawanan kepada guru berkenaan Aerospace Discovery Centre 2017 akan dibentangkan secara terperinci oleh pihak kami.

(8) Kumpulan penggerak jalinan usahasama Aerospace DIscovery Centre 2017 dan PPD Seberang Perai Selatan

Terima kasih kepada Cikgu Waziri (Ketua Unit Bahagian Pembangunan Kemanusiaan), Cikgu Fatin Nadzirah, Cikgu Anuar, Cikgu Fahmi dan Encik Amir dari PPK Aeroangkasa kerana usahasama ini.

15/6/2017 (4 SEKOLAH YANG TERPILIH ADALAH)

Pada tarikh ini, satu taklimat telah diadakan kepada wakil guru dan sekolah yang telah terpilih untuk menyertai program Aerofair 2017. Senarai 4 sekolah yang telah terpilih untuk menyertai program aerofair 2017 adalah:

1. SMK SIMPANG EMPAT

2. SMK TUANKU ABDUL RAHMAN

3. SMK TASEK

4. SMK AGAMA SYEIKH ABDULLAH FAHIM

Tahniah diucapkan kepada 4 sekolah ini yang terpilih untuk bersama kita pada program kali ini. Guru guru yang telah hadir untuk mendengar taklimat daripada saya selaku ketua projek ialah:

1. Cikgu Mohd Firdaus Mohd Hasnu (SMK SIMPANG EMPAT)

2. Cikgu Isyraf Abdul Rahman  (SMK TUANKU ABDUL RAHMAN)

3. Cikgu Mohd Zaifahmi Zainol (SMK TASEK)

4. Cikgu Rosmawati Ahmad (SMK AGAMA SHEIKH ABDULLAH FAHIM)

Hasil dari penerangan tersebut, semua sekolah dapat memahami misi dan visi Aerofair 2017 pada kali ini. Selepas ini kita akan dapat penyertaan daripada  murid ke dalam komuniti Aerospace Discovery Centre 2017 di facebook.

Terima kasih kepada Cikgu Fatin Nadzirah dan Cikgu Mohd Fahmi dari PPD SPS kerana membantu pengurusan tempat dan panggilan kepada guru terlibat. Tidak lupa juga kepada En Amir dan En Shukri yang telah membantu dari segi teknikal dan Q&A sepanjang sepagi taklimat kepada hadirin terlibat.

Terima kasih. Wassalam.

(9) Sesi bergambar bersama guru dan staf terlibat


20/6/2017 (TERIMA KASIH PENANG EDUCATION COUNCIL C/O PENANG INSTITUTE)


Dengan dana yang diberikan oleh Penang Education Council, pihak pembekal telah dapat menguruskan pembelian kelengkapan untuk Aerofair 2017 kali ini. Gambar gambar di bawah adalah keseluruhan peralatan yang akan digunakan untuk pengajaran penggunaan simulator, penerbangan rc plane dan penerbangan fpv.

(10) Video transmitter 5.8 ghz 600 mw dan FPV Camera untuk dipasang kepada Kapal Terbang RC yang akan memberikan pandangan aerial yang menarik dari udara

(11) Charger bateri Lithium Polymer untuk ketiga tiga bateri (Skysurfer, FPV dan Remote Control)

(12) Goggles VR007 untuk digunakan oleh murid semasa penerbangan kapal terbang atau sebagai view kepada rakan.

(13) Simulator rc

(14) Set Skysurfer berwarna merah dan biru

(15) Sesuai untuk fliers baru

(16) Tahniah kepada 4 buah sekolah yang terpilih



Ditulis oleh:

Engr Zihad Mahmud

Pengarah Projek
Aerofair 2017: Aerospace Discovery Centre 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *