Aerofair 2020

Aerofair 2020 Versi COVID 19 

Program Aerofair 2020 adalah lanjutan kepada Program Aerofair 2019. 

Program ini ditaja oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah kelolaan Majlis Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Program ini dikendalikan oleh Dr. Norizham Bin Abdul Razak dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.

 

Tujuan utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah untuk mengenai konsep dan latihan pesawat kawalan jauh. Pada edisi kali ini, beberapa aktiviti berteraskan aeroangkasa telah diadakan dan ini termasuklah latihan melibatkan aktiviti penerbangan simulator kawalan jauh juga telah dilaksanakan seiring untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. 

Latihan Penerbangan Pesawat Kawalan Jauh
(Pekakasan yang dibekalkan kepada pelajar)  

Simulator penerbangan pesawat kawalan jauh yang berbeza diberikan kepada pelajar. Latihan ini membolehkan pelajar berlatih untuk memandu pesawat menggunakan pesawat kawalan jauh. Pelajar boleh melakukan pelepasan, pendaratan dan menerokai penerbangan aerobatik. Simulator penerbangan menyediakan platform latihan yang selamat dan bermakna kerana tidak ada pesawat sebenar yang terlibat dan pelajar dan melakukan aktiviti ini sambil mengekalkan jarak sosial. Simulator yang diagihkan tidak terhad kepada pesawat sayap kaku, pelajar juga boleh memilih untuk menerbangkan helikopter. 

Objektif program Aerofair 2020 adalah untuk memberi peluang dan bimbingan bagi membantu pelajar sekolah di (SPS) Pulau Pinang untuk melakukan aktiviti lestari yang berkaitan dengan STEM dalam kejuruteraan aeroangkasa semasa wabak COVID 19. Program ini disesuaikan untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri dengan bimbingan jarak jauh dalam talian. 

Disamping itu terdapat dua program sampingan yang telah dianjurkan. Program sampingan melibatkan pengagihan pesawat luncur (glider) yang diagihkan kepada 25 pelajar Tabika Perpaduan Komplek Perpaduan Nibong Tebal.

Pengenalan kepada Aeroangkasa di Tabika Perpaduan Komplek Perpaduan Nibong Tebal.

Dan bengkel “Line following Robot” di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. 

Bengkel Robotik kepada pelajar dan guru sains dan matematik SK Saujana Indah, Pulau Pinang.

Lanjutan mengenai aktiviti yang dijalankan ditunjukkan dalam Jadual 1.0 di bawah.

Bukan itu sahaja, program lanjutan untuk tahun 2021 juga telah bermula dengan pembangunan Simulator pesawat (Aero Flight Simulator) untuk platform telefon pintar Android dan komputer peribadi yang dihasilkan oleh Staf akademik PPK Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia. Simulator ini telah dicipta khas untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui bagaimanakah sistem kawalan dan instrumentasi pesawat. 

Simulator Penerbangan Aero Flight Simulator
Video dari youtube. Klik sini.
Simulator ini juga boleh dimuat turun ke dalam smartphone android dan juga pc. Klik sini untuk ke Google Playstore dan download secara percuma ke peranti anda!!.
Simulator Eksklusif untuk semua.
Sekian untuk aktiviti Aerofair 2020 Edisi Covid19. Semoga semua sihat dan jaga diri ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *