Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Julai sehingga oktober, adalah waktu yang diberikan kepada setiap sekolah untuk penerbangan sebenar. Oleh itu kami telah mengadakan beberapa tutorial untuk penerbangan Skysurfer seperti di bawah. Sebelum kita tonton lebih lanjut kepada video di bawah, setiap pilot dan ground crew mestilah memastikan supaya perkara berikut dilakukan sebelum penerbangan. Senarai Semak Sebelum […]

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, tarikh untuk Aktiviti 1 sudah kita tetapkan pada 10 / 7 / 2017 (Isnin), yang akan diadakan di Hangar, PPK Aeroangkasa dan Kompleks Sukan, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Berikut adalah tentatif pada hari berikut. Cikgu, murid dan sekolah terpilih boleh rujuk di sini untuk tentatif. (Segala perubahan akan diadakan di sini, oleh […]

Kemaskini 22/9/2014: Kami telah memuatnaik video pengajaran bagaimana untuk membina pesawat dalaman di Youtube. Kami ingin mengingatkan semua peserta berkenaan dengan program AEROFAIR yang akan di adakan pada 27 September 2014, bermula dari 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Untuk program ini, kami telah menerima penyertaan dari 257 peserta (34 guru pengiring dan 223 pelajar dari […]

Kemaskini 22/9/2014: Kami telah memuatnaik video pengajaran bagaimana untuk membina pesawat dalaman di Youtube. Pada sabtu (23/8/2014), jawatankuasa AEROFAIR USM 2014 telah berjaya menjalankan Bengkel Pesawat Ruang Tertutup (atau Pesawat Dalaman). Bengkel tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan dari 19 buah pasukan dari sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang. Kami ingin merakamkan jutaan terima […]

Selamat datang ke blog AEROFAIR 2014. Kami warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKAero), Universiti Sains Malaysia berbesar hati untuk sekali lagi menganjurkan program bagi menggalakkan sains dan kejuruteraan kepada pelajar sekolah menengah melalui pelbagai aktiviti berasaskan disiplin kejuruteraan aeroangkasa. Tema bagi program AEROFAIR pada tahun ini adalah “Pemodelan dan Pertandingan Penerbangan“. Acara utama program tahun […]

Program AEROFAIR USM 2014 ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKAero) Universiti Sains Malaysia (USM). Program ini dibiayai oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Institut Pulau Pinang, di bawah agenda Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST). Di bawah disenaraikan nama-nama ahli jawatankuasa program ini: Penaung: Prof. Dr. Zaidi Mohd Ripin, Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa […]

Penting:Tarikh Tutup Pertandingan Esei: 12 September 2014. Dilanjutkan ke Selasa, 23 September 2014. BuletinBuat pertama kali di dalam usaha outreach di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, kami bercadang untuk menghasilkan sebuah Buletin bagi program AEROFAIR 2014 untuk mendapatkan pandangan para pelajar dan guru berkaitan pendidikan sains. Buletin ini akan diberi secara percuma di laman ini dan […]

Cabaran roket air ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar sekolah untuk mereka bentuk, membina dan menguji model roket air berdasarkan prinsip saintifik seperti teori pendorongan roket, aerodinamik, dan undang-undang ketiga Newton dengan matlamat mendidik pelajar sekolah mengenai sains sebenar di sebalik penciptaan roket air. Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar sekolah digalakkan untuk menjalankan penyelidikan dalam […]

Pertandingan ini menumpukan pencapaian kemahiran seni dalam membina model skeleton pesawat terbang. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan betapa kompleksnya struktur pesawat terbang yang menerbangkan kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan menimbulkan perasaan ingin tahu tentang mengapa ia direkabentuk sedemikian rupa. Model anda mestilah berbentuk tetulang dan […]

Muat-turun Borang Penyertaan: sebagai Microsoft Word atau PDF fail. Kemas kini pada 24/7/2014:Tarikh tutup penghantaran Borang Penyertaan telah dilanjutkan kepada Rabu, 13 Ogos 2014. AEROFAIR 2014 telah dirancangkan untuk menerima sebanyak lebih kurang 300 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5) dan guru-guru pengiring. Untuk sebuah pasukan terdiri daripada 4 orang pelajar […]