Pengenalan
Pesawat ruang tertutup tergolong dalam kategori kapal terbang ringan yang dikuasakan oleh gelang getah dan diterbangkan tanpa menggunakan alat kawalan jauh. Salah satu tujuan penghasilan kapal terbang ini adalah untuk memaksimumkan masa penerbangan, dengan masa penerbangan selama 40 minit telah berjaya dicatatkan pada pertandingan peringkat antarabangsa. Kapal terbang ini dihasilkan menggunakan bahan yang murah dan ringan, kebiasaannya kayu balsa dan filem plastik nipis dan direka untuk terbang dalam bulatan. Gelang getah digunakan untuk memusingkan kipas seterusnya menggerakkan kapal terbang ke hadapan dan ke atas. Apabila kuasa pusingan gelang getah telah kurang, kapal terbang akan mula menurun. Untuk memaksimumkan masa penerbangan dalam kawasan yang terhad, kapal terbang biasanya direka untuk terbang dalam bulatan.
Sila lihat di bawah untuk video-video pesawat ruang tertutup:
- Japanese Indoor Aero Club
- Double Whammy Indoor Flight
- Japanese Indoor Flight and Flapping Wing
- Indoor Flight Competition in a US School
- F1D Aeromodelismo Indoor Flight
Laman-laman web di bawah pula menerangkan bagaimana untuk mereka dan membina pesawat ini:
- Science Olympiad Wright Stuff Event Construction Tips
- The Double Whammy Construction Article
- The Penny Plane Construction Article
- Build a Balsa Wood Rubber Band Model Airplane
- How to Build a Rubber Powered Model Airplane
- How to Make a Rubber Band Plane in 6 minutes
Anda boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai pesawat ruang tertutup secara umum dengan melayari enjin carian menggunakan kata kunci “Indoor Flight F1D”, atau membaca mengenainya menerusi laman Freeflight.org.
Bengkel
Bengkel separuh hari untuk Pesawat Ruang Tertutup akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014, sebulan sebelum hari pertandingan. Maklumat lanjut berkenaan tarikh bengkel boleh di dapati di laman Aturcara Program. Sarapan pagi dan makan tengahari percuma akan disediakan kepada semua peserta.
Di bengkel tersebut, pelajar akan mempelajari asas sains penerbangan dan konsep asas untuk mereka pesawat ruang tertutup. Dalam waktu yang sama, demonstrasi proses pembinaan pesawat ini akan dilakukan dan para pelajar berpeluang menghasilkan sendiri beberapa bahagian pesawat mereka. Setiap sekolah akan dibekalkan dengan bahan-bahan yang diperlukan (percuma) supaya pelajar dapat menghasilkan beberapa model pesawat sekembali ke sekolah masing-masing sebelum hari pertandingan.
Pertandingan
Pertandingan pesawat ruang tertutup akan dijalankan pada pagi Sabtu, 27/9/2014, di Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), USM Engineering Campus, dengan ruang sebesar 24m x 20m x 8m (ketinggian purata). Kriteria pertandingan yang akan dinilai adalah masa penerbangan maksimum, dikira dari mula penerbangan sehingga kapal terbang tersebut menyentuh lantai. Kumpulan yang mencatatkan masa penerbangan paling lama dikira sebagai pemenang. Setiap kumpulan dibenarkan membawa masuk seberapa banyak pesawat ruang tertutup ke dalam pertandingan, tetapi diberi hanya 3 kali percubaan penerbangan menggunakan mana-mana pesawat mereka untuk mendapatkan catatan masa penerbangan terbaik.
(click here to read the texts in English)