Tiga pertandingan akan diadakan di AEROFAIR 2014: Pesawat Ruang Tertutup (Indoor Flight), Pemodelan Rangka Pesawat (Airframe Modeling), dan Pelancaran Roket (Rocket Launching). Hari Pertandingan akan dijalankan bermula 8.30 am hingga 1.30 pm pada Sabtu, 27/9/2014 di bangunan Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA). Hadiah-hadiah istimewa dan sijil-sijil akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang dalam setiap kategori.
Semua sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang dijemput untuk menghantar pasukan-pasukan terdiri dari 4 orang pelajar setiap pasukan untuk menyertai mana-mana pertandingan. Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 boleh menyertai pertandingan-pertandingan ini dan setiap pasukan boleh terdiri daripada pelajar dari mana-mana Tingkatan. Setiap sekolah boleh menghantar sebanyak 2 pasukan untuk setiap pertandingan. Walaubagaimanapun, penyertaan setiap sekolah mungkin terpaksa dikurangkan sekiranya jumlah kesemua peserta di AEROFAIR 2014 melebihi 300 orang.
Maklumat tambahan disediakan di bawah bagi setiap pertandingan:
- Pesawat Ruang Tertutup: Satu pertandingan membina pesawat kecil dan ringan dibuat dari kayu balsa dan plastik pembungkus yang diterbangkan untuk mencapai masa penerbangan paling lama. Bagi pertandingan Pesawat Ruang Tertutup, kami akan mengadakan satu bengkel setengah hari pada hari Sabtu, 23 Ogos 2014, sebulan sebelum hari pertandingan.
- Pemodelan Rangka Pesawat: Satu pertandingan membina model rangka struktur pesawat menggunakan bahan-bahan murah dan/atau kitar-semula. (Pemenang AEROFAIR 2012: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika cantik pesawat Wright Brothers yang terkenal).
- Cabaran Roket Air: Satu pertandingan membina roket air yang dilancarkan menggunakan tekanan udara yang mendarat kembali menggunakan payung udara untuk mencapai penerbangan paling lama.
Gambar di bawah ialah pemenang AEROFAIR 2012 di dalam kategori Pemodelan Rangka Pesawat: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika mereka yang cantik bagi pesawat terkenal Wright Brothers.
(click here to read the texts in English)