Buletin dan Esei

Penting:
Tarikh Tutup Pertandingan Esei: 12 September 2014. Dilanjutkan ke Selasa, 23 September 2014.

Buletin
Buat pertama kali di dalam usaha outreach di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, kami bercadang untuk menghasilkan sebuah Buletin bagi program AEROFAIR 2014 untuk mendapatkan pandangan para pelajar dan guru berkaitan pendidikan sains. Buletin ini akan diberi secara percuma di laman ini dan dikongsi bersama insititusi-institusi pendidikan yang berkaitan seperti sekolah-sekolah, jabatan-jabatan pendidikan, dan mereka yang berminat untuk meningkatkan dan menggalakkan pendidikan sains di Malaysia. Buletin tersebut akan dimuatkan dengan esei-esei pendek dari para pelajar dan guru dari sekolah-sekolah yang terlibat dengan program AEROFAIR ini. Hadiah-hadiah istimewa akan dianugerahkan kepada esei-esei terbaik di dalam kategori guru dan pelajar.

Esei
Setiap sekolah yang diterima penyertaannya digalakkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 esei pendek (500 – 1000 perkataan) bagi setiap pasukan SEMINGGU sebelum hari pertandingan. Esei-esei individu ini boleh ditulis oleh mana-mana pelajar atau guru-guru pengiring samaada di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Esei-esei yang terpilih akan dimuatkan ke dalam Buletin AEROFAIR 2014. Hadiah-hadiah istimewa akan diberi kepada 10 esei terbaik kategori pelajar dan 5 esei terbaik bagi kategori guru.

Esei-esei perlu dihantar kepada urusetia melaui emel di dalam format digital sebagai fail Word atau PDF (lengkap dengan nama penulis, pasukan, dan sekolah) sebelum atau pada 12 September 2014. Sila dapatkan Borang Penyertaan di sini untuk mendapatkan alamat emel bagi menghantar esei.

Bagi pertandingan esei AEROFAIR 2014, para pelajar dan guru boleh memilih untuk menulis esei berdasarkan satu daripada empat tajuk berikut:

  1. Statistik menunjukkan pelajar-pelajar sekolah menengah kini semakin tidak berminat untuk memilih aliran sains di sekolah menengah atas (Tingkatan 4 dan 5). Ianya telah dilaporkan pada 2012 bahawa hanya 20% pelajar yang memasuki aliran sains pada tahun tersebut. Peratusan ini jauh sekali dari sasaran Kementerian Pendidikan supaya 60% pelajar berada di dalam aliran sains. Apakah yang anda fikir antara sebab-sebab utama kenapa pelajar-pelajar sekarang kurang berminat untuk memasuki aliran sains?
  2. Berdasarkan statistik di atas, apakah yang anda fikir perlu dibuat (baik di perinkat sekolah, negeri, atau negara) untuk menambah bilangan pelajar ke dalam aliran sains?
  3. Pembelajaran sains boleh menjadi sesuatu yang menarik sekiranya kita boleh mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam hidup seharian atau mengaitkannya untuk memahami alam. Walaubagaimanapun, kajian mendapati bahawa sesetengah pelajar merasakan matapelajaran sains sukar, tidak menarik, dan tiada kaitan dengan dunia sebenar. Sila kongsi pengalaman anda sendiri mempelajari sains di sekolah dan berikan pandangan anda bagaimana untuk menjadikan matapelajaran sains lebih menarik di sekolah.
  4. Jika anda adalah salah seorang dari peratusan kecil pelajar yang akan atau telah mengambil aliran sains, sila kongsi fikiran dan pengalaman anda kenapa anda berminat dengan sains atau memilih aliran sains?

Kemaskini pada 26/8/2014:
Kami ingin menambah satu lagi tajuk untuk pertandingan esei. Anda juga boleh menambah satu gambar yang berkaitan sebagai sokongan kepada esei anda.

  1. Dengan menyertai pertandingan AEROFAIR, pelajar-pelajar perlu bekerjasama secara berkumpulan samada untuk membina pesawat ruang tertutup, model rangka pesawat, atau roket air. Bagi peserta-peserta Pesawat Ruang Tertutup, mereka perlu menghadiri bengkel AEROFAIR kami untuk belajar teori penerbangan dan berlatih membina beberapa bahagian pesawat mereka. Sila gambarkan pengalaman anda bekerja di dalam projek-projek ini dan bagaimana pengalaman ini mempengaruhi pandangan dan sikap anda terhadap sains.

(click here to read the texts in English)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *