Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, tarikh untuk Aktiviti 1 sudah kita tetapkan pada 10 / 7 / 2017 (Isnin), yang akan diadakan di Hangar, PPK Aeroangkasa dan Kompleks Sukan, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia. Berikut adalah tentatif pada hari berikut. Cikgu, murid dan sekolah terpilih boleh rujuk di sini untuk tentatif. (Segala perubahan akan diadakan di sini, oleh itu, boleh semak selalu ya!).
Hasil kerjasama dari Aerial System Robotic Team, kami juga telah menyediakan video pengenalan kepada peralatan yang akan kita kenali dan gunakan pada tarikh tersebut. Terdapat 3 video yang telah kami upload di youtube channel, subscribe! dan semua boleh tonton sebelum hadir pada tarikh Aktiviti 1 nanti.
Moga bermanfaat kepada semua.
Trailer Aerospace Discovery Centre 2017
Video ini berkenaan pengenalan kepada kit skysurfer yang akan digunakan oleh semua sekolah untuk misi kali ini. Set Skysurfer ini adalah set Ready – To – Fly, oleh itu semua peralatan adalah lengkap. Ianya sangat mudah untuk dipasang, dan mudah untuk diselenggara. Pastikan semua ada Hot Glue Gun di sekolah masing masing untuk penyelenggaraan pada masa akan datang.
Video ini pula adalah berkenaan bekalan kuasa untuk RC Plane dan peralatan lain (FPV). Penggunaan bateri Lithium Polimer digunakan di sini kerana ianya menyimpan kuasa yang banyak tetapi ringan.
Perkara yang perlu diambil berat selain yang diterangkan dalam video ini adalah seperti berikut:
- Bateri yang dibekalkan adalah di status Storage Mode – Untuk simpanan yang lama di stor.
- Bateri yang sudah dicas menggunakan balance mode, boleh digunakan tetapi sehingga kepada 3.7v untuk setiap sel. Lipo Checker akan dibekalkan dimana ianya akan berbunyi jika voltan bateri sudah mencapai tahap tersebut. Bateri ini tidak boleh digunakan sehingga 0 volt kerana ianya akan merosakkan bateri tersebut selama lamanya.
- Apabila bateri sudah dicas, pastikan ianya digunakan. Jika tidak digunakan sehingga lebih daripada 3 hari, pastikan cas ianya kepada storage mode semula.
- Pastikan anda tidak meninggalkan bateri semasa proses mengecas dan Simpan semua bateri di dalam tong besi untuk mengelakkan kemalangan bateri terbakar dan merosakkan harta benda anda.
Video seterusnya adalah berkenaan dengan penggunaan FPV (First Person View) yang melibatkan Goggle, FPV Camera dan Video Transmitter. Satu perkara yang perlu diingat ialah, pastikan anda memasang cable yang diberikan betul dan mengikut seperti wayar berwarna yang disertakan.
Jumpa anda semua nanti seperti tentatif berikut:
Tentatif 10/7/2017 |
||
Masa | Aktiviti | Lokasi |
7.30 am – 8.00 am | Pendaftaran | Bilik Seminar, Hangar |
8.00 am – 8.30 am | Taklimat Aktiviti | Bilik Seminar, Hangar |
8.30 am – 9.00 am | Sarapan Pagi | Bilik Seminar, Hangar |
9.00 am – 1.00 pm |
Ground School + latihan Simulator RC + Keselamatan
|
Bilik Seminar, Hangar |
Pemasangan RC Airplane + FPV | Bilik Seminar, Hangar | |
1.00 pm – 2.30 pm | Solat dan Makan Tengahari | Surau SERC dan Bilik Seminar, Hangar |
2.30 pm – 4.30 pm | Latihan Penerbangan | Kompleks Sukan |
4.30 pm – 5.00 pm | Solat dan Minum petang | Bilik Seminar, Hangar |
5.00 pm | Tamat |