• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

Kem Aeroangkasa SKSI-USM

Pada Sabtu 15/8/2015 lepas, sebuah program kem sains bertemakan Kem Sains Aeroangkasa telah berjaya di jalankan di SKSI bermula 8 pagi hingga 2 petang. Kem tersebut telah dianjurkan oleh Panitia Sains SKSI (diketuai oleh Cikgu Nor Ma Shaari) dengan kerjasama staf-staf dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.

Pasukan dari PPK Aeroangkasa USM diketuai oleh En. Mohamad Zihad Mahmud dan dibantu oleh 7 orang pensyarah, 7 orang staf teknikal dan seorang staf pentadbiran. Seramai 120 orang murid dari Tahun 3, 4 dan 5 telah mengikuti program tersebut.


Ucapan perasmian program telah diberikan oleh Guru Besar SKSI, Tn. Hj. Ibrahim Zainal. Ucapan bagi pihak PIBG telah diberikan oleh YDP PIBG, Dr. Ahmad Zulfaa Mohamed Kassim. Beberapa orang staf aeroangkasa yang mengambil bahagian di dalam menjalankan program ini juga merupakan ahli PIBG SKSI.

Tiga aktiviti utama telah berjaya dijalankan sepanjang program ini. Ia bermula dengan ceramah mengenai aeroangkasa yang telah diberikan oleh Pn. Siti Harwani Md Yusoff, diikuti dengan dua aktiviti hands-on:

  1. Pertandingan Water Rocket yang diketuai oleh En. Hasfizan Hashim dan disertai oleh 20 kumpulan murid Tahun 4 dan 5. Setiap satu kumpulan dianggotai oleh 4 orang murid.
  2. Pertandingan Paper Helicopter yang diketuai oleh En. Mohd Najib Mohd Hussain dan disertai oleh 10 kumpulan murid Tahun 3.

Guru-guru yang terlibat telah memberikan komen yang positif terhadap program ini. Guru Besar SKSI menyatakan program ini yang dijalankan buat pertama kalinya di SKSI adalah penting untuk memberikan pendedahan kepada murid berkenaan dengan sains aeroangkasa, terutama sekali dengan aktiviti Water Rocket. Beliau bercadang untuk membawa SKSI bertanding di dalam pertandinganWater Rocket pada tahun depan, dengan harapan SKSI boleh maju ke peringkat negeri dan kebangsaan di dalam pertandingan ini.

Program ini juga diserikan dengan penerbangan sebuah quadrotor atau drone yang dikendalikan oleh En. Mohd Amir Wahab. Drone tersebut dilengkapi dengan sebuah kamera yang telah mengambil beberapa gambar SKSI dari pandangan atas (bird's-eye view).

DSC 0073

DSC 0097

DSC 0197b

DSC 0064

DSC 0162

 

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967