• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

Delegasi Makmal Sistem Angkasa ke Forum Agensi Angkasa Serantau Asia Pasifik

img1

Pada 26-28 November 2019, Makmal Sistem Angkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia telah menghantar delegasi yang terdiri daripada dua orang pensyarah, dua orang pelajar sarjana dan tujuh orang pelajar sarjana muda ke Forum Agensi Angkasa Serantau Asia Pasifik (Asia Pacific Region Space Agency Forum - APRSAF) di Nagoya, Jepun. Kehadiran ke program APRSAF ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Program ‘Global Space Connect 2019’. Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai industri Angkasa di peringkat global. Program Global Space Connect merupakan kesinambungan daripada program ‘Space connect’ iaitu program lawatan ke sekolah-sekolah untuk menarik pelajar sekolah dalam bidang STEM dengan menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan Angkasa.

APRSAF telah ditubuhkan pada tahun 1993 untuk meningkatkan aktiviti angkasa di rantau Asia Pasifik. Agensi angkasa, badan kerajaan, organisasi antarabangsa, syarikat swasta, universiti, dan institut penyelidikan dari lebih 40 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam APRSAF, persidangan yang berkaitan dengan aktiviti angkasa terbesar di rantau Asia Pasifik. Kehadiran yang semakin meningkat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang peserta ke acara APRSAF memberikan peluang untuk membincangkan kerjasama antarabangsa untuk kegiatan angkasa secara lebih mendalam dan konkrit.

APRSAF juga menganjurkan empat kumpulan kerja pada hari pertama dan kedua persidangan. Kumpulan kerja tersebut terdiri daripada kumpulan kerja Ruang Angkasa, Teknologi Angkasa, Penggunaan Ruang Angkasa dan Pendidikan Angkasa dengan objektif untuk berkongsi maklumat mengenai aktiviti dan rancangan masa depan setiap negara dan rantau di kawasan masing-masing. APRSAF juga menyokong penubuhan projek-projek antarabangsa sebagai penyelesaian untuk isu-isu yang biasa, seperti pengurusan bencana dan perlindungan alam sekitar, supaya pihak-pihak yang terlibat akan mendapat manfaat dari kerjasama bersama. Pelajar-pelajar yang menghadiri APRSAF ini terlibat dengan perbincangan di dalam kumpulan pendidikan angkasa dan mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta projek yang melibatkan capaian pendidikan angkasa di seluruh dunia. Pada hari ketiga, pembentangan laporan aktiviti angkasa dari setiap negara rantau Asia Pasifik dijalankan dan Malaysia diwakili oleh Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Tn Hj Azlikamil Napiah.
Pada 29 November 2019, pelajar-pelajar dan pensyarah bergerak ke Tokyo untuk membuat lawatan ke sebuah syarikat yang berkaitan dengan hiburan angkasa, Astro Live Experience (ALE.Co). Syarikat ini melancarkan satelit yang boleh menembak partikel-partikel kecil yang akan bertindakbalas dengan atmosfera dan seterusnya menjadi hujan meteor tiruan untuk pertunjukan hiburan seperti perasmian Olimpik dan sebagainya. Rombongan diberi penerangan mengenai kejuruteraan hujan meteor tiruan dan satelit dibawa melawat makmal pembangunan satelit.

Lawatan ke Jepun pada kali ini berjaya membuka peluang kerjasama dan meluaskan jaringan untuk pelajar dan pensyarah dari Makmal Sistem Angkasa. Ia juga dapat membantu pelajar melihat peluang pekerjaan yang lebih luas di peringkat antarabangsa.

img2

img3

img4

img5

img6

img7

img8

img9

 

Text : Dr Siti Harwani Md Yusoff, Dr Norilmi Amilia Ismail

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967