• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SERTA PENEROKAAN TEKNOLOGI ANGKASA MELALUI KERJASAMA SPACEIN DAN APADILANGIT

KerjasamaSpaceIn Apadilangit

NIBONG TEBAL, 22 Februari 2022 – SpaceIn Sdn Bhd, syarikat spin-off Universiti Sains Malaysia (USM) telah menandatangani memorandum perjanjian (MOA) bersama Langit Kita Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Apadilangit.

Perjanjian ini merangkumi pembangunan bersama modul pendidikan teknologi angkasa dan Apadilangit dilantik untuk memasarkan produk pendidikan angkasa serta perkhidmatan pelancaran belon altitud tinggi yang dibangunkan oleh SpaceIn Sdn Bhd.

‘Apadilangit sudah lama berada dalam industri pendidikan angkasa dan sangat berpengalaman menjalankan pelbagai aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah di Malaysia dan pada tahun 2021 sahaja, peserta program Apadilangit telah mencapai 180,363 orang,” kata Pengarah SpaceIn Sdn Bhd, Dr. Norilmi Amilia Ismail.

“Oleh itu, kerjasama ini diharap dapat melengkapkan ekosistem pendidikan angkasa yang mana SpaceIn akan membantu untuk membekalkan kit pembelajaran berkaitan teknologi angkasa kepada Apadilangit.

“Kit pembelajaran yang dinamakan Cansat fo Kit Education atau CaKEd akan dibangunkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi pembuatan satelit,” tambah Norilmi.

CEO Apadilangit, Hafez Ahmad Murtza pula menyatakan bahawa pelancaran belon beraltitud tinggi atau HAB merupakan salah satu dari kaedah paling mudah serta murah untuk memberi keterujaan angkasa kepada pelajar dan peminat angkasa.

“Malah, kerjasama bersama SpaceIn untuk perkhidmatan pelancaran HAB ini akan membuka peluang kepada semua untuk turut sama dalam aktiviti berkaitan angkasa di masa akan datang,” kata beliau.

KerjasamaSpaceIn Apadilangit1

SpaceIn Sdn Bhd adalah syarikat yang membangunkan teknologi satelit bersaiz kecil dan ditubuhkan pada November 2020 dengan produk pendidikan satelit sebagai permulaan.

Selain daripada itu, syarikat ini juga baru sahaja memenangi Geran Pembangunan Perniagaan, SUPERB TERAJU 2021 untuk projek Iot satelit menggunakan platform satelit piko.

Manakala Apadilangit pula adalah sebuah syarikat dibangunkan dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran angkasa lepas kepada generasi muda sambil menyumbang kepada pembangunan teknologi dan sosial negara dengan membangunkan komuniti angkasa lepas, membina teknologi, mencipta pendekatan baharu dan membantu merangsang kesedaran nasional Malaysia serta program angkasa global serta kepentingannya untuk masyarakat dan ekonomi moden Malaysia.

 

Teks adalah sumbangan Dr Norilmi Amilia Ismail. Beliau merupakan Penyelaras Program Angkasa serta pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.
Foto: Ihsan Makmal Sistem Angkasa, PPK Aeroangkasa
Sumber : www.eng.usm.my

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967