• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

WAU Rocketry USM sedia jadi pencabar utama di Piala Spaceport America 2022

HebatUSM WOW Rocket


Pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM), WAU Rocketry bakal membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa apabila mewakili Malaysia dalam Piala Spaceport America (SA) 2022, Persidangan Kejuruteraan Roket Antara Kolej (IREC) terbesar di dunia, di Amerika Syarikat pada Jun ini.

Hanya tiga negara dari Asia Tenggara mengambil bahagian iaitu Thailand, Singapura dan Malaysia yang diwakili WAU Rocketry USM sekali gus menjadi wakil pertama dan satu-satunya dari negara ini yang menyertai pertandingan tersebut.

Pasukan USM yang terdiri daripada 12 pelajar akan diketuai oleh Vanmitha Athimoolam, dengan penasihat, Dr Norilmi Amilia Ismail dan Dr Chang Wei Shyang dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, serta dibimbing oleh Julian Chee Yie Jian dan Ahmad Tamimi Ahmad Termizi.

Menurut Norilmi, pasukan itu bermotivasi tinggi untuk menyertai pertandingan berkenaan kerana semangat yang mereka ada dalam membina industri roket Malaysia, dan Spaceport America Cup 2022 adalah peluang terbaik untuk mereka mengaplikasikan semua asas yang dipelajari sebelum ini.

Bertempat di New Mexico, pertandingan tersebut akan bermula pada 21 Jun sehingga 25 Jun 2022 yang dianjurkan oleh Experimental Sounding Rocket Association.

WAU Rocketry USM mendapat sokongan daripada ramai pihak antaranya ialah Malaysia Airlines Berhad (MAS) atas penajaan perjalanan pasukan itu ke Amerika Syarikat.

Selain itu, turut memberi sokongan ialah Pusat Allied Aeronautics TRG yang tampil menjadi penasihat dan memberikan sokongan komersial kepada pasukan WAU Rocketry USM.

Dengan projek mereka bertajuk ‘Generasi Roket Malaysia’, objektif pasukan itu adalah untuk mencipta penanda aras dan memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar universiti di Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Amerika Spaceport pada masa depan seterusnya menyumbang kepada pembangunan roket negara.

Pasukan itu menamakan roket mereka, HEBAT Rocket, yang bermaksud H-Hardwork, E-Experience, B-Believe, A-Achieve, T-Together.

Projek Roket Hebat akan diperkenalkan di Spaceport America dengan sasaran untuk mencapai 10,000 kaki (3 kilometer) dan pulih semula dengan selamat, menggunakan NANOSATELLITE pada 900 kaki yang mendarat secara autonomi menggunakan sistem pemulihan ‘quadcopter’.

SinarBestari ingin mengucapkan tahniah di atas pencapaian mewakili negara dalam pertandingan berprestij ini dan semoga pasukan WAU Rocketry USM mampu melakukan yang terbaik, seterusnya peroleh kemenangan yang diimpikan.

Sumber : SinarBestari

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967