• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

PASUKAN SKYSCANNER BERJAYA MENDARAT DI TEMPAT KETIGA PADA PERTANDINGAN DRON ANTARABANGSA

Image1
NIBONG TEBAL, 17 Julai 2023 – Sepasukan pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Aeroangkasa berjaya mendarat dan seterusnya menduduki tempat ketiga pada pertandingan Dron Dunia (World Drone Competition) di Yokohama, Jepun baru-baru ini.

Lebih membanggakan lagi apabila pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai SkyScanner ini berjaya ke peringkat akhir daripada keseluruhan 12 pasukan dari pelbagai negara seperti Turki, Sri Lanka dan India yang turut menghantar penyertaan.

“Pencapaian ini akan menjadi nilai tambah kepada kesemua yang terlibat berbanding dengan pelajar-pelajar universiti lain di Malaysia khususnya dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa,” ulas Dekan PPK Aeroangkasa, Profesor Dr. Farzad Ismail ketika dihubungi.

“Malah, ianya adalah bukti kepada usaha pusat pengajian dalam menyediakan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (Experiential Learning) bagi menyesuaikan pelajar dengan kehendak industri sambil membangunkan kemahiran kebolehpasaran masing-masing,” tambah beliau.
Image2

Penasihat utama pasukan, Ir. Dr. Ahmad Faizul Hawary yang turut sama terbang ke bumi matahari terbit itu berkata, pujian seharusnya diberikan kepada kesemua tujuh orang pelajar tahun tiga yang terlibat atas usaha serta inisiatif mereka dalam pertandingan kali ini walaupun berdepan dengan pelbagai halangan teknikal serta komunikasi.

“Namun demikian, tidak dinafikan bahawa kita sebagai kakitangan juga perlu terlibat secara langsung di samping terus memberi sokongan kepada mereka untuk lebih bersedia menghadapi perkara di luar jangkauan terutamanya yang di luar skop pengetahuan mahupun pembelajaran dalam kelas masing-masing,” kata beliau.

“Apatah lagi penyertaan kali menyaksikan sebahagian besar cabaran perlu diselesaikan bukan ketika sesi latihan di tanah air, sebaliknya apabila berada di tempat pertandingan seperti modifikasi dron melalui pertambahan berat alat komunikasi yang perlu dipasang sebelum permulaan di mana jika ianya tidak dipatuhi, akan menyebabkan pasukan hilang kelayakan untuk terus bertanding,” tambah Dr. Faizul.
Image3

Ir. Dr. Ahmad Faizul ketika bercakap akan perancangan masa hadapan pasukan SkyScanner turut menyatakan bahawa beliau serta pasukan telah pun dijemput untuk menyertai semula pertandingan antarabangsa ini pada tahun hadapan.

“Lebih banyak pertandingan akan diintai untuk disertai oleh SkyScanner sebagai salah satu ruang pendedahan serta pengalaman kepada pelajar terutamanya dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk menghadapi sambil membawa misi serta nama universiti kelak khususnya dalam bidang teknikal,” kata beliau lagi.

Bagi Nur Aisyah Muhamad Shariff (22), sebagai ketua Pasukan SkyScanner pula, pengalaman menyertai pertandingan dunia seperti ini akan menjadi titik tolak kepada lebih banyak penyertaan yang lain di masa akan datang.

 

“Semoga kejayaan dalam membawa nama Malaysia di pentas dunia ini akan menjadi dorongan serta pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain di USM dan kami juga berjanji akan menjadikan pengalaman dalam pertandingan kali ini untuk menjadikan SkyScanner sebagai sebuah pasukan yang lebih baik di masa akan datang,” kata beliau.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967