• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

USM HARUMKAN NAMA NEGARA PADA PERTANDINGAN DRON DUNIA

skyscanner artikel kosmoPASUKAN SkyScanner berjaya mengharumkan nama negara apabila mendapat tempat ketiga pada Pertandingan Dron Dunia di Yokohama, Jepun.

PENYELIDIKAN dan pembangunan kenderaan udara tanpa pemandu atau dron diakui telah dijalankan di seluruh dunia.

Melalui penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan itu membolehkan dron digunakan untuk pelbagai perkara.

Di Malaysia sendiri, ada pihak yang terlibat secara langsung terhadap usaha tersebut.

Baru-baru ini juga, sepasukan pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat ketiga di Pertandingan Dron Dunia yang diadakan di Yokohama, Jepun.

Lebih membanggakan apabila pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai SkyScanner itu berjaya ke peringkat akhir daripada keseluruhan 12 pasukan.

Antara negara yang menghantar penyertaan dalam pertandingan tersebut adalah Turki, Sri Lanka dan India.

Dekan PPK Aeroangkasa USM, Prof. Dr. Farzad Ismail berkata, pencapaian itu menjadi nilai tambah kepada kesemua yang terlibat berbanding pelajar-pelajar di universiti lain di Malaysia, khususnya dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa.

“Malah, ia adalah bukti kepada usaha pusat pengajian dalam menyediakan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (Experiential Learning).

“Ia bagi menyesuaikan pelajar dengan kehendak industri sambil membangunkan kemahiran kebolehpasaran masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, penasihat utama pasukan, Ir. Dr. Ahmad Faizul Hawary yang turut terbang ke bumi Matahari Terbit berkata, pujian harus diberikan kepada semua tujuh orang pelajar tahun tiga yang terlibat.

Katanya, pujian itu atas usaha serta inisiatif mereka dalam pertandingan kali ini, walaupun berdepan dengan pelbagai halangan teknikal serta komunikasi.

“Namun demikian, tidak dinafikan bahawa kita sebagai kakitangan juga perlu terlibat secara langsung untuk terus memberi sokongan kepada mereka.

“Ini bagi memastikan mereka lebih bersedia menghadapi perkara di luar jangkauan terutamanya yang di luar skop pengetahuan mahupun pembelajaran.

“Penyertaan kali ini menyaksikan sebahagian besar cabaran perlu diselesaikan bukan ketika sesi latihan di tanah air, sebaliknya apabila berada di tempat pertandingan.

“Terutamanya modifikasi dron melalui pertambahan alat komunikasi yang perlu dipasang sebelum permulaan.

“Jika tidak dipatuhi, ia akan menyebabkan pasukan hilang kelayakan untuk terus bertanding,” jelasnya.

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan SkyScanner, dia menyatakan bahawa pasukannya telah pun dijemput menyertai semula pertandingan antarabangsa itu pada tahun hadapan.

skyscanner artikel kosmo1
Katanya, lebih banyak pertandingan akan diintai untuk disertai oleh SkyScanner sebagai salah satu ruang pendedahan serta pengalaman kepada pelajar.

“Pendedahan ini penting terutamanya dalam meningkatkan kemahiran mereka membawa misi serta nama universiti dalam bidang teknikal pada masa depan.

Sementara itu, Ketua Pasukan SkyScanner, Nur Aisyah Muhamad Shariff, 22, menjelaskan, pengalaman menyertai pertandingan dunia seperti itu akan menjadi titik tolak kepada lebih banyak penyertaan pada masa depan.

“Semoga kejayaan membawa nama Malaysia di pentas dunia ini akan menjadi dorongan serta pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain.

“Kami juga berjanji akan menggunakan pengalaman dalam pertandingan ini untuk membantu SkyScanner menjadi pasukan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Credit : kosmo.com.my

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967