• NPU 2024 Research and Insights camp

  • Dr Hussin Mamat FRGS1

  • Dr Musfirah Mazlan FRGS1

  • Dr Safiah Zulkifli FRGS1

PENSYARAH USM TERIMA GERAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN

Dr Harwani YPASM 2023

USM PULAU PINANG, 4 Ogos 2023 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Siti Harwani Md Yusoff, pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) atas penerimaan Geran Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) 2023.
Tajuk projek Siti Harwani adalah 'Study on Interaction of Gravitational and Electromagnetic Phenomena in Polar and Equatorial Regions' yang telah melayakkan beliau untuk menerima geran tersebut bernilai RM100,000.

Tempoh projek adalah selama 3 tahun, bermula 1 September 2023 sehingga 31 Ogos 2026.

Geran ini merupakan geran di bawah inisiatif perkongsian pintar antara YPASM dan 10 universiti tempatan lain selain USM, iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA, International Medical University, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Universiti Malaysia Kelantan.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, Profesor Dr. Farzad Ismail, ketika dihubungi berkata, “Teknologi satelit bukan sahaja diguna pakai dalam penyelidikan angkasa bahkan boleh digunakan untuk kajian penyelidikan lain yang bermanfaat termasuk kajian graviti dan gelombang elektromagnet di kutub. Ini menunjukkan teknologi satelit memberikan impak secara menyeluruh.”

Geran YPASM dianugerahkan untuk menggalakkan penyelidik tempatan menjalankan penyelidikan di kawasan kutub.

Menurut Dr. Siti Harwani, penyelidikannya adalah berkaitan dengan interaksi di antara tenaga graviti dan medan magnet Bumi dan bagaimana hubungan di antara dua tenaga ini mempunyai hubungan dengan aktiviti gempa di dalam Bumi.

“Kawasan kutub adalah amat sesuai untuk mengkaji kedua-dua tenaga ini kerana medan magnet Bumi sangat tinggi di kawasan kutub.

“Hasil kajian ini diharap dapat merungkai persoalan perkaitan antara medan graviti, medan magnet dan aktiviti gempa di kawasan kutub dan khatulistiwa melalui pemodelan dan simulasi,” katanya.

Tambah Dr. Siti Harwani, geran penyelidikan ini sebahagiannya akan menyokong kos penyelidikan yang merangkumi pembinaan kapasiti, ekspedisi ke kawasan kutub dan penerbitan.

Bidang utama penyelidikan adalah berkaitan sains dan dasar untuk kawasan Kutub, merangkumi bidang sains tulen dan gunaan, teknologi dan kejuruteraan, sains klinikal dan kesihatan, sains sosial dan dasar.

Seluruh warga USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Siti Harwani atas kejayaan yang membanggakan ini.

Credit : www.usm.my

CONNECT WITH US

facebook icons 6941

64px YouTube icon block

aerospaceengusmmyflyoutreach

INFORMATION
FINAL Year project title     acad calendar    SoAe timetable     prospectus     postgrad search     store centre   

Contact Us

School of Aerospace Engineering, Universiti Sains Malaysia, Engineering Campus,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, MALAYSIA

Main Office
Tel : +604-599 5901  |  Fax: +604-599 6911 
Dean
Tel: +604-599 5902
Assistant Registrar
Tel: +604-599 5967