Assalamualaikum dan selamat pagi.
Seperti yang telah ditetapkan, JK Aerofair dan Team ASRO telah hadir ke 4 buah sekolah ini untuk memberikan sesi demo, beserta latihan di sekolah masing masing. Ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka mempunyai keyakinan untuk menerbangkan kapal terbang yang mereka miliki di sekolah mereka dan mematuhi peraturan peraturan yang telah ditetapkan khususnya dalam bidang penerbangan.
SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal.
Sekolah pertama yang telah kami lawati adalah SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal. Diketuai oleh Cikgu Rosmawati dan 5 pelajar tingkatan 4, mereka telah bersedia menanti kami di sekolah mereka. Pada hari itu, kami berkesempatan untuk demo penerbangan di padang mereka dan sangat mengujakan guru dan pelajar. Impak ini yang sangat kita harapkan dimana hasil pemasangan kapal terbang yang mereka pasang dapat diterbangkan di padang sekolah mereka.
Persediaan sebelum diterbangkan di padang sekolah |
Boleh tonton video penerbangan di sini
SMK Simpang Empat, Simpang Ampat.
Hasil usaha Cikgu Firdaus, 5 orang pelajar yang tinggal di Asrama telah dipilih untuk menyertai program ini. Hasil dari komen guru bertugas, pelajar sangat aktif mengisi masa lapang dengan berlatih menggunakan simulator yang di bekalkan. Ini kerana simulator tersebut boleh membiasakan pelajar kepada penerbangan sebenar kapal terbang kawalan jauh yang mereka sudah sediakan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Bukit Panchor
Cikgu Isyraf dan Ustaz Sanusi adalah guru pembimbing untuk 5 orang pelajar dari sekolah tersebut. Mereka adalah guru yang sangt aktif dalam aktiviti ini malahan Ustaz juga adalah seorang penerbang RC kapal terbang dan drone. Cikgu Israf juga memiliki DJI Phantom 3 dan mahir dalam penerbangan drone sebagai mengisi masa lapang.
Walaupun sekolah mereka ini terletak di antara kawasan yang agak sempit, tetapi mereka mempunyai padang yang luas dan dikelilingi oleh bangunan sekolah dan kuarters guru. Sesuai untuk penerbangan glider yang disediakan.
Menurut mereka, ini adalah pengalaman pertama mereka memiliki simulator penerbangan dan kapal terbang kawalan jauh sebagai aktiviti kepada pelajar di mana sekolah ini adalah sekolah harian. Aktiviti sebegini dimaklumkan sangat diminati oleh pelajar dimana mereka boleh mengisi masa terluang mereka untuk berlatih menerbangkan kapal terbang di simulator.
Semasa penerbangan, murid yang lain juga dapat melihat keadaan di udara dengan penggunaan google FPV.
Sesi latihan penerbangan |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Pulau Pinang.
Hasil kesungguhan daripada guru pembimbing Cikgu Zaifahmi, 2 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan telah menyertai aerofair 2017. Mereka ini adalah pelajar harian, dan sangat komited kepada aktiviti ini. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan tugas seperti contoh, seorang pelajar lelaki bertugas sebagai pilot, seorang pelajar perempuan sebagai pengurus bateri. Yang selebihnya ditugaskan sebagai mengawal kelengkapan FPV dan ground crew.
Di hari penerbangan di SMK Tasek. |
Aktiviti pada pagi itu dimulai dengan penerangan dan kefahaman semula kepada pelajar berkenaan dengan kapal terbang. Bagaimana Control Surfaces bergerak dan mengubah tindakan kapal di udara. Selain itu juga tugas pilot dan ground crew untuk memastikan kapal terbang selamat di terbangkan.
Sesi troubleshoot untuk kapal terbang dan FPV. |
Setelah itu, sama seperti sekolah sekolah yang sebelum ini, latihan penerbangan dijalankan di sekolah masing masing. Dua alat kawalan digunakan iaitu satu alat kawalan utama digunakan oleh Jurulatih manakala alat kawalan kedua digunakan oleh Pelatih.
En Zaim dan En Amir memberikan latihan penerbangan kepada pilot pelatih. |
Penonton semasa latihan penerbangan |
Sudah berakhirnya Julai 2017 maka semakin dekat kepada Oktober 2017. Di mana satu pertandingan akhir yang akan diadakan kembali di Universiti Sains Malaysia untuk menguji kebolehan pelajar dan sekolah ini dalam 3 perkara yang akan dipertandingkan iaitu Pembentangan, Simulator dan Penerbangan Sebenar. Sekolah manakah yang akan dinobatkan sebagai pemenang untuk Aerofair 2017 pada Oktober ini? Tunggu…
Pada tarikh ini juga, Page Facebook Aerospace Discovery Centre telah mencapai 81 followers sejak ianya mula dibuka pada 2 bulan yang lalu. Bilangan followers yang semakin meningkat dan dengan harapan semakin ramai followers khususnya di sekitar Nibong Tebal dan Seberang Perai Selatan. Kebanyakan followers adalah daripada pelajar, guru, warga USM dan persendirian yang mempunyai minat yang sama untuk mengikuti perkembangan kami.