Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Julai sehingga oktober, adalah waktu yang diberikan kepada setiap sekolah untuk penerbangan sebenar. Oleh itu kami telah mengadakan beberapa tutorial untuk penerbangan Skysurfer seperti di bawah.
Sebelum kita tonton lebih lanjut kepada video di bawah, setiap pilot dan ground crew mestilah memastikan supaya perkara berikut dilakukan sebelum penerbangan.
Senarai Semak Sebelum Penerbangan:
1. Memastikan bateri alat kawalan jauh, bateri kapal terbang dan bateri FPV dalam keadaan baik dan dicas sepenuhnya. Kesemua bateri mestilah di dalam lingkungn 12.6 volt untuk kuasa keseluruhan bateri atau 4.20 untuk setiap sel bateri. 
2. Memastikan Control surfaces (Aileron, Elevator, Rudder) dalam keadaan yang sepatutnya seperti gambar di bawah.
Elevator adalah bahagian yang akan menaik dan menurunkan kapal terbang dan digunakan semasa kapal terbang berlepas dan mendarat. Perhatikan pergerakan control surfaces berikut dan perhatikan bagaimana keadaan kapal terbang hasil daripada pergerakan elevator tersebut. (link).
Aileron pula adalah bahagian yang akan membuat pergerakan Roll kepada kapal terbang tersebut. Perhatikan pergerakan Aileron di kiri dan kanan kapal terbang, di mana perubahan pada control surfaces tersebut akan memberikan perubahan keadaan kapal terbang tersebut. (link)
Rudder pula adalah bahagian yang terletak di bahagian sirip menegak kapal terbang. Pergerakan pada Rudder akan memberikan perubahan keadaan kapal terbang kepada Yawing. Perhatikan perubahan pada bahagian rudder ini akan memberikan perubahan yang berbeza kepada kapal terbang tersebut. (link). Penggunaan Rudder adalah jarang digunakan untuk kes kita pada kali ini. 
Adakah Kapal Terbang kita mempunyai pergerakan seperti yang kita inginkan? 
3. Memastikan padang sekolah tiada manusia, haiwan atau aktiviti aktiviti seumpamanya untuk mengelakkan pelanggaran kepada objek tersebut.
4. Memastikan cuaca adalah baik dan tiada angin yang kuat seperti keadaan hari hampir kepada suasana hujan.
5. Memastikan Alat Kawalan di hidupkan terlebih dahulu. Memastikan Throttle Stick dalam keadaan minimum. Kapal terbang di pegang di bahagian hadapan. Dan selepas itu barulah bateri di kapal terbang dihidupkan. Minta bantuan rakan.

6. Sambungkan Lipo Battery Checker kepada bateri kapal terbang dan masukkan ke bahagian compartment. Lipo Battery Checker perlu dipastikan disetkan kepada 3.6 v.
7. Memastikan canopy ditutup dengan rapi. Boleh gunakan selotape untuk melekatkannya supaya tidak tercabut semasa penerbangan.
8. Memastikan Control Surfaces iaitu (Aileron, Rudder, dan Elevator) berada dalam keadaan sekata dengan bahagian kapal terbang iaitu Aileron sekata dengan sayap kiri dan kanan, Rudder Sekata dengan Sayap Ekor Menegak, dan Elevator sekata dengan Sayap Ekor Mendatar. Gunakan trim di alat kawalan jauh untuk membuat pembetulan.

9. Minta rakan untuk memegang kapal terbang di bahagian bawah sayap, betul di bawah wayar servo aileron. Kerana di sinilah kapal terbang itu seimbang. Memastikan kapal terbang seimbang. Menghalakan kapal terbang 40 darjah ke atas.
Senarai Semak Semasa Penerbangan
1. Pilot dipastikan berada di belakang kapal terbang.
2. Menaikkan Throttle seperti di dalam video. 
3. Rakan akan membaling seperti membaling tombak secara menegak 40 darjah ke atas.
4. Lihat video di bawah.
Ini adalah bahagian pertama yang disarankan kepada peserta. Memastikan kapal terbang berada dalam keadaan bersedia. Penerbangan yang stabil iaitu level wing disarankan dengan mengawal Aileron dengan mengawal stick di alat kawalan. Penggunaan Elevator adalah dimestikan supaya kapal terbang meluncur dalam keadaan stabil selepas throttle stick diturunkan kepada keadaan minimum. Seterusnya memastikan kapal terbang mendarat dengan keadaan stabil seperti di dalam video disertakan.
Ini adalah bahagian kedua di mana, selepas peserta berjaya pada bahagian pertama, peserta boleh membuat pusingan U seperti di dalam video tersebut dengan mengawal stick aileron dan stick elevator dan seterusnya mendarat dengan menurunkan throttle. Untuk kali ini, ketingginan selamat adalan dengan memastikan anda mengawal penerbangan tersebut tinggi sedikit daripada tiang gol dan tidak melebihi bangunan atau pokok di sekeliling.
Senarai Semak Selepas Penerbangan

1. Memastikan throttle stick di bahagian minimum untuk mengelakkan kipas hidup secara tidak sengaja.
2. Rakan boleh buka kanopi dan putuskan sambungan bateri di kapal terbang sebagai satu langkah keselamatan standard.
3. Setelah perkara 1 dan 2 dipastikan telah dilakukan, pilot turn off alat kawalan.
4. Memasukkan bateri Lipo ke dalam tempat simpanan.
5. Bersihkan kapal terbang daripada rumput dan kotoran.
6. Pegang kapal terbang di bahagian bawah badan kapal terbang dan ekor menghadap ke hadapan. (untuk mengelakkan kipas dekat dengan bahagian badan).
7. Simpan kapal terbang di tempat yang selamat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *