Pemodelan Rangka Pesawat

Pertandingan ini menumpukan pencapaian kemahiran seni dalam membina model skeleton pesawat terbang. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan betapa kompleksnya struktur pesawat terbang yang menerbangkan kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan menimbulkan perasaan ingin tahu tentang mengapa ia direkabentuk sedemikian rupa. Model anda mestilah berbentuk tetulang dan ia boleh menyerupai helikopter, pesawat komersial, jet pejuang dan yang seangkatan dengannya. Model ini mestilah disiapkan sebelum anda datang pada hari pertandingan di USM. Anda tidak perlu membuatkan ia terbang kerana model anda akan dipamerkan kepada orang awam. Beberapa gambar menarik di bawah boleh dijadikan rujukan. Selamat mencuba!

Gambar di bawah ialah pemenang AEROFAIR 2012 di dalam kategori Pemodelan Rangka Pesawat: SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap, Pulau Pinang dengan replika mereka yang cantik bagi pesawat terkenal Wright Brothers.

Garis-garis panduan untuk pertandingan ini adalah seperti di bawah:
The guidelines for this competition are given below:

  1. Bahan-bahan: Anda bebas menggunakan sebarang jenis bahan yang sesuai untuk membina model skeleton ini, samaada bahan-bahan murah atau bahan-bahan kitar semula.
  2. Dimensi: Saiz keseluruhan model tidak boleh melebihi 1 m.
  3. Kriteria penghakiman: Kriteria penghakiman adalah berdasarkan model yang mempunyai kesenian yang asli, ciptaan yang kreatif dan rekabentuk keseluruhan yang bermutu tinggi. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Sebagai permulaan, anda boleh lihat gambar-gambar pesawat awal untuk mendapat idea bagi model yang anda akan bina. Untuk melakukan ini, gunakan Google Images dan masukkan perkataan “Early Airplanes” atau Early Helicopters”. Anda boleh pilih untuk bina mana-mana model yang banyak menggunakan bingkai tetulang.

– disediakan oleh NMK –

(click here to read the texts in English)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *