Peringatan: AEROFAIR 2014

Kemaskini 22/9/2014: Kami telah memuatnaik video pengajaran bagaimana untuk membina pesawat dalaman di Youtube.

Kami ingin mengingatkan semua peserta berkenaan dengan program AEROFAIR yang akan di adakan pada 27 September 2014, bermula dari 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

Untuk program ini, kami telah menerima penyertaan dari 257 peserta (34 guru pengiring dan 223 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5). Seramai 19 pasukan akan mengambil bahagian dalam pertandingan Pesawat Ruang Tertutup, 16 pasukan bagi pertandingan Pemodelan Rangka Pesawat, dan 22 pasukan bagi pertandingan Roket Air.

Untuk acara Pesawat Ruang Tertutup, kami telah mengadakan bengkel teori dan praktikal pada 23 Ogos 2014. Kesemua 19 pasukan telah hadir di bengkel tersebut. Maklumat terperinci berkenaannya boleh didapati di sini.

Kami juga menganjurkan pertandingan esei kepada peserta (di dalam kedua-dua kategori guru pengiring dan pelajar). Tarikh tutup pertandingan esei tersebut telah dilanjutkan ke Selasa, 23 September 2014. Maklumat terperinci dan tajuk-tajuk esei boleh di dapati di sini.

Jumpa semua nanti di Hari AEROFAIR! Anda boleh lihat pelan-pelan 3D bagi perancangan kami untuk program ini di bawah.

(click here to read the texts in English)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *