Assalamualaikum wbt.
Terima kasih kepada semua guru yang hadir ke sesi taklimat di PPD SPS pada 9 Oktober. Berikut adalah tutorial untuk pertandingan bahagian simulator. Tutorial ini akan memberikan cara untuk membuat penetapan di komputer anda sebagai latihan di kepada murid di sekolah serta sebagai persediaan untuk cabaran simulator pada 25 Oktober nanti.
1. Pertandingan Ballon Burst.
|
1. Lancarkan simulator |
|
2. Pilih Flying Field sebagai kawasan latihan |
|
3. Pilih Kapal terbang SimProp LiftOff XS |
|
4. Pilih Menu – Competition – Balloon Bursting |
|
5. Pilih Start High Score Mode |
|
6. Pilih Difficulty; Easy, Time; 3 minutes dan pilih Start |
|
7. Terbangkan kapal terbang ini dan langgar belon belon ehingga tamat tempoh masa |
|
8. Setelah tamat masa, markah anda adalah seperti yang tertera. |
Bomb Drop Challenge
|
1. Pilih Kapal terbang ini, B-17 “Flying Fortress” |
|
2. Pilih Menu – Competition – Bomb Drop. |
|
3. Pilih START di Start High Score Mode. |
|
4. Pilih Difficulty; Easy, Time; 5 minutes |
|
5. Terbangkan kapal terbang anda dan berlegar di atas bulatan. Seterusnya gunakan suis CH5 GYR (Off – On) untuk melepaskan bomb. Bomb yang dilepaskan dan kena tepat pada sasaran berwarna merah akan mendapat markah yang tertinggi. |
|
6. Setelah tamat masa, markah anda adalah seperti yang tertera. |
Semoga berjaya!