Aerofair 2017 sampai kemuncaknya!

Pada tanggal 14 November 2017 yang lepas, Aktiviti 2 telah diadakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran pelajar dan sekolah yang telah kita berikan latihan dan kit kapal terbang sebelum ini. 
Satu taklimat ringkas dan ucapan selamat datang kepada guru dan murid yang hadir telah disampaikan oleh Pengarah Projek, Engr Mohamad Zihad Mahmud. Taklimat ini diadakan di Bilik Seminar, PPK Aeroangkasa, USM Kampus Kejuruteraan. 
Untuk aktiviti ini, acara yang akan diadakan adalah pembentangan berkumpulan berkenaan teori dan aktiviti yang telah dijalankan di sekolah masing masing. Kemudian mereka akan diuji dengan 2 senario di dalam simulator kapal terbang. Dan selepas itu penerbangan sebenar telah diadakan di Padang Kompleks Sukan Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan.
Pembentangan

Pembentangan pada pagi itu sangat menarik. Ketiga tiga buah sekolah yang hadir pada pagi ini menyampaikan teori berkenaan airfoil dan sistem kawalan kapal terbang dengan tepat. Pembentangan berkenaan berkenaan konsep bernoulli dan penggunaan sistem kawalan RC telah memberi pandangan bahawa mereka memahami konsep tersebut dari segi teori.

                                     

Selain itu mereka juga diberi masa untuk menerangkan kepada para juri berkenaan aktiviti keusahawanan yang telah dijalankan menggunakan kit yang diberi. Salah sebuah sekolah telah meraih RM85.00 di dalam aktiviti keusahawanan yang mereka jalankan. Aktiviti yang dijalankan ialah dengan menggunakan simulator yang diberikan dan menggunakannya untuk pengajaran kepada rakan mereka di sekolah semasa hari keusahawanan. Setiap rakan yang diberikan latihan dikenakan bayaran untuk setiap sesi. 

Simulator

Balloon Burst dan Bomb Drop adalah dua situasi yang diberikan kepada setiap sekolah. 1 orang pilot dan 1 orang co-pilot diberikan masa untuk meraih markah yang paling tinggi. 

Penerbangan Sebenar

Ini adalah satu momen yang dinanti nantikan oleh bukan sahaja peserta malahan penganjur sekali. Ini kerana setiap murid akan diberikan sesi terbang secara solo, take – off, loiter, dan landing di padang yang diberikan. Solo! Alhamdulillah, mereka dapat terbang dengan baik!
Sesi persiapan oleh setiap sekolah.
Terbang!

Gambar di bawah adalah gambar sebenar murid menerbangkan kapal terbang secara solo semasa sesi tersebut. Mereka diperlukan untuk membuat penerbangan dengan membuat bulatan berbentuk bujur sebanyak 3 kali bulatan. Seterusnya landing di padang dengan selamat.

Penerbangan menggunakan FPV

Dua sekolah telah berani menerima cabaran untuk menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan FPV. 
Sesi Penyampaian Hadiah

Berikut adalah pemenang untuk Aerofair 2017!
Tempat PERTAMA: SMKA Sheikh Abdullah Fahim
Tempat KEDUA: SMK Simpang Ampat.

Tempat Ketiga: SMK Tunku Abdul Rahman
Dan untuk setiap kategori:
Anugerah Penerbangan Terbaik: SMK Simpang Ampat
Anugerah Pembentangan Terbaik: SMK Tunku Abdul Rahman

Anugerah Simulator Terbaik: SMKA Sheikh Abdullah Fahim
Dengan ini berakhirlah AEROFAIR 2017. Semoga dengan pendekatan yang lebih dinamik pada kali ini, ditambah lagi dengan respon yang baik daripada peserta peserta dan guru, kami sangat berbangga dengan AEROFAIR 2017.
Jumpa lagi pada AEROFAIR 2018!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *