Aktiviti 1
Assalamualaikum wbt.
Pada tanggal 15 Ogos yang lepas, Aerofair 2018 aktiviti 1 sudah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan hampir 20 murid, 6 orang guru dan 15 orang ajk program. Aktiviti 1 adalah bengkel selama 1 hari yang dijalankan khusus untuk peserta di mana pada akhir program, peserta boleh membawa pulang sebuah kapal terbang kawalan jauh kos rendah yang murah dan mudah untuk diselenggara. Kapal terbang ini boleh diterbangkan di sekolah seterusnya boleh diadakan pameran kepada murid murid lain di sekolah.
Banner Aerofair 2018 |
Dr Norizham selaku pengarah projek pada kali ini telah memberikan penerangan beserta misi dan visi untuk aktiviti kali ini. Aktiviti kali ini yang berfokuskan STEM adalah salah satu kegiatan promosi yang dibiayai sepenuhnya oleh Penang Education Council, dibantu oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan dan dianjurkan oleh PPK Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia.
Kelihatan model kapal terbang berwarna putih sebagai objektif projek pada kali ini |
Peserta mendengar dengan teliti penerangan ketua projek |
Peserta peserta daripada sekolah sekolah yang terlibat diberikan penerangan berkenaan keseluruhan perjalanan aktiviti pada hari tersebut. Isu keselamatan semasa bengkel juga diterangkan semasa sesi tersebut.
En Zihad memberikan penerangan ringkas berkenaan 3 bahagian utama untuk aktiviti kali ini |
Seterusnya En Zihad menerangkan lebih lanjut berkenaan proses yang akan dilalui oleh pelajar pada hari ini. Untuk kali ini, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. 3 kumpulan kecil ini terdiri daripada bahagian pembuatan badan dan sayap kapal terbang, bahagian elektronik dan kawalan kapal terbang dan Simulator pesawat.
Penerangan berkenaan pelan USMAeroJet Mk.1 |
Persediaan untuk memotong dan pembinaan sambal diperhatikan oleh guru pengiring |
Hasil kerjasama daripada guru guru dan mentor, murid dapat menyiapkan badan pesawat dalam masa sehari iaitu bermula daripada pemotongan pelan sehingga kepada kawalan sayap dan sebagainya. Pada kali ini, penggunaan bahan mentah seperti depron dan gam panas telah banyak memudahkan peserta untuk menyiapkan badan kapal terbang ini. Untuk makluman semua, pelan kapal terbang kali ini telah direkabentuk oleh Pengarah Projek selaku pensyarah di PPK Aeroangkasa dan dinamakan sebagai USM AeroJet Mk.1.
Penerangan untuk bahagian elektronik dan system kawalan. |
Penerangan penggunaan remote Mode 1 |
Pada masa yang sama di bahagian elektronik, Dr Faizul dan En Amir sebagai mentor telah mengadakan sesi pembelajaran teori dan teknikal kepada murid secara asas untuk cara penggunaan yang betul berkenaan remote simulator dan system elektronik kapal terbang. Sistem elektronik untuk system kapal terbang ini juga penting supaya kapal terbang yang diterbangkan pada masa akan datang adalah selamat dan dapat diterbangkan dengan sempurna. Peserta kelihatan proaktif apabila dapat belajar secara hands-on berkenaan alatan yang dibekalkan dan kelihatan lebih faham dan cepat untuk memahami pembelajaran pada kali ini. Pihak mentor juga telah menyediakan salinan manual yang direka khas untuk bahagian elektronik sebagai rujukan semasa dan selepas bengkel ini pada masa akan datang.
Peserta menerbangkan sendiri kapal terbang simulator |
En Azrul membantu pelajar untuk pemilihan kapal terbang dan situasi yang sesuai |
Lai memberitahu cara pelancaran yang sesuai untuk kapal terbang |
Sesi simulator hanya melibatkan seorang peserta yang akan fokus kepada latihan penerbangan. Seperti program program sebelum ini, kami juga telah membekalkan peralatan komputer untuk peserta berlatih sepanjang hari disamping mendapat latihan daripada mentor yang berpengalaman.
Simulator adalah salah satu latihan yang penting diaman ianya akan melatih pilot baru dan juga pilot lama untuk membiasakan diri dengan kawalan kapal terbang yang akan diterbangkan selepas ini.
Peserta dan ajk bergambar dengan kapal terbang masing masing. |
Pada akhir sesi pelajar telah dapat menyiapkan kapal terbang masing masing. 4 buah kapal terbang dari 4 sekolah telah berjaya disiapkan dengan pemasangan badan kapal terbang dan system kawalan elektronik. Sebagai ahli kepada Aerofair2018 pada kali ini, kami rasa amat berbangga dengan kesungguhan peserta dan guru yang terlibat dalam aktiviti kali ini. Hasil dari kesungguhan dan komitmen pelajar, proses bengkel untuk aktiviti 1 pada kali ini dapat berjalan dengan sempurna.
Bersambung untuk posting seterusnya..Aktiviti 2 Funfly pada oktober nanti!