Aerofair 2019

AEROFAIR 2019
AEROSPACE OUTREACH AEROFAIR PROGRAMME
30 Oktober 2019 – Seramai 25 pelajar yang terpilih dan lebih 10 guru dari 5 buah sekolah di daerah seberang perai selatan telah menghadiri program yang dianjurkan setiap tahun oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa. Sekolah sekolah yang terlibat pada kali ini ialah SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal, SMK Tunku Abdul Rahman, Bukit Panchor, SMK Saujana Indah, Taman Ilmu, SMK Sungai Acheh, Sungai Acheh dan SMK Simpang Ampat, Simpang Ampat, Pulau Pinang.
.
Untuk tahun ini, dengan mengekalkan produk stem USM Aerojet, ianya telah ditambah baik dengan penambahan elemen kawalan kapal terbang secara separa auto iaitu penggunaan pengawal penerbangan sistem terbuka apm 2.8. Sistem penerbangan yang biasa digunakan untuk pengawalan drone itu kini boleh diintegrasikan dengan USM Aerojet.
Faedah menggunakan kawalan ini adalah untuk memberi kawalan auto stabilisasi kepada kapal terbang dan membantu penerbang baru untuk menerbangkan aerojet dengan lebih baik. Selain itu juga, penggunaan pengawal penerbangan seperti ini adalah murah dan boleh dimiliki oleh sekolah untuk digunakan. 

Penerangan secara hands on, melalui manual yang disediakan juga telah membantu untuk peserta menyiapkan pemasangan dalam masa kurang daripada 4 jam. 

Pada waktu petang, diadakan sesi penerbangan demo dan penerbangan oleh setiap sekolah. Kebanyakan sekolah dapat menerbangkan kapal terbang aerojet mereka dengan baik dengan bantuan pengawal penerbangan tersebut. 

Berikut adalah gambar gambar semasa aktiviti aerofair yang diadakan pada hari tersebut.

Ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Seberang Perai Selatan, Penang Education Council, Penang State Government, PPK Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan USM (aerospace.eng.usm.my) dan semua guru, staf dan pelajar yang menyertai program ini pada kali ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *