Cabaran Roket Air

Cabaran roket air ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar sekolah untuk mereka bentuk, membina dan menguji model roket air berdasarkan prinsip saintifik seperti teori pendorongan roket, aerodinamik, dan undang-undang ketiga Newton dengan matlamat mendidik pelajar sekolah mengenai sains sebenar di sebalik penciptaan roket air. Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar sekolah digalakkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang sains dan kejuruteraan semasa fasa reka bentuk kerja mereka.

Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada video-video di bawah untuk belajar mengenai roket air:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=CCwxsYWuDaU
  2. http://www.youtube.com/watch?v=ii6D1R6lXVA

Model Roket Air perlu dibina oleh pasukan yang memasuki pertandingan ini sebelum Hari Pertandingan. Hanya model yang siap dan lengkap dibina yang akan dilancarkan pada Hari Pertandingan.

Maklumat terperinci Cabaran Roket Air:

  1. Hanya satu kategori yang akan dipertandingan iaitu Roket Air bersama sistem payung terjun.
  2. Setiap model Roket Air mestilah dilengkapi dengan payung terjun. Roket tanpa sistem payung terjun akan dibatalkan penyertaannya. Payung Terjun dikehendaki disimpan di bahagian atas komponen roket.
  3. Roket perlu direkabentuk untuk membolehkannya berada diudara pada waktu yang panjang. Waktu penerbangan di udara akan direkodkan.
  4. Hanya 1.5 liter botol Coca-Cola / Sprite / F & N Minuman berkarbonat PET (Polyethylene terephthalate) yang boleh digunakan. Bahan kimia yang mudah terbakar, bahan-bahan tajam, logam, dan bahan-bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian tidak dibenarkan untuk digunakan.
  5. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan 8 atmosfera (atm)
  6. Persediaan pelancar roket air akan dilakukan oleh pihak penganjur. Pelajar hanya dibenarkan melakukan pelancaran jika dibenarkan oleh pihak penganjur.
  7. Pelancaran akan dilakukan pada sudut 90°.
  8. Setiap Roket air akan dikira masanya sebaik sahaja dilancarkan sehinggalah ketika ia jatuh di atas tanah, terbelit/tersangkut dengan objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar, terbang jauh dari pandangan juri/hakim, atau berada di udara lebih daripada 15 minit.
  9. Kriteria penghakiman adalah berdasarkan masa terpanjang yang diambil oleh roket berada di udara. Penyertaan juga dihakimi berdasarkan kreativiti dan kedalaman penyelidikan yang dijalankan ketika fasa rekabentuk. setiap pasukan perlu menyediakan dan membawa ke Hari Pertandingan sehelai poster yang mengandungi gambar menceritakan mengenai roket air mereka dan menerangkan proses pembinaan roket air mereka.
– disediakan oleh NAI –

(click here to read the texts in English)

2 thoughts on “Cabaran Roket Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *