Selamat Datang ke AEROFAIR 2014

Selamat datang ke blog AEROFAIR 2014. Kami warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKAero), Universiti Sains Malaysia berbesar hati untuk sekali lagi menganjurkan program bagi menggalakkan sains dan kejuruteraan kepada pelajar sekolah menengah melalui pelbagai aktiviti berasaskan disiplin kejuruteraan aeroangkasa. Tema bagi program AEROFAIR pada tahun ini adalah “Pemodelan dan Pertandingan Penerbangan“. Acara utama program tahun ini adalah hari pertandingan yang akan berlangsung pada Sabtu, 27/9/2014, di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. Hadiah-hadiah istimewa dan sijil-sijil akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang di dalam semua pertandingan. (Logo baru di atas untuk Aerofair 2014 telah dicipta oleh pelajar kami Alex Khoo Teng Lee).

Kemas kini pada 24/7/2014:
Tarikh tutup penghantaran Borang Penyertaan telah dilanjutkan kepada Rabu, 13 Ogos 2014.

Sila rujuk capaian di bawah untuk mengetahui denganlebih lanjut informasi mengenai program

  1. Pengenalan program
  2. Penganjur program
  3. Aturcara program
  4. Penyertaan sekolah
  5. Buletin dan esei
  6. Pertandingan-pertandingan di dalam program
  7. Bengkel pesawat ruang tertutup

Untuk menjadikan program AEROFAIR pada tahun ini lebih menarik, ia akan dilaksanakan bersama sebuah lagi program, i-Space Festival 2014 yang juga akan dijalankan di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. i-Space Festival program akan berlangsung selama 4 hari dan terbuka kepada semua pengunjung awam dan pelajar dari 25 hingga 28 September 2014 dengan tema “Synergizing Industries and Universities Toward Sustaining Our Science Education”. Semasa program ini berlangsung, lebih 80 pameran berkaitan kejuruteraan dan teknologi akan dipamerkan dan didemonstrasikan kepada para pengunjung.

Untuk makluman, kelulusan telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang kepada pihak sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang untuk menyertai Program AEROFAIR 2014 ini. Sila rujuk surat rasmi ini untuk kelulusan tersebut.

(click here to read the texts in English)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *